"Uuuuu!
nak hantar
meme?"

 Boleh. Tapi, sila 
 baca syarat-syarat 
 di bawah ini, 
 terlebih dahulu: 




1. Gambar sahaja


  • Hantar meme anda dalam format bergambar sahaja (PNG atau JPG).
  • Video, GIF, PDF, teks atau lain-lain, tidak akan dilayan.
  • Sila gunakan apa sahaja editing platform yang anda selesa dan suka.
  • Satu meme sahaja dibenarkan untuk setiap penghantaran meme.



2. Idea asli


  • Pastikan meme yang ingin dihantar adalah idea asal anda sendiri.
  • Dilarang ciplak atau curi meme orang lain.
  • Gunakan otak dan akal anda untuk berfikir. Jangan jadi pemalas!
  • Jika idea anda diinspirasikan dari meme orang lain, maka itu dibenarkan.
  • Jika anda menterjemahkan meme dari bahasa lain, maka itu juga dibenarkan.



3. Ejaan dan tanda baca


  • Gunakan ejaan yang betul dan cukup huruf.
  • Tulisan singkatan (short form) tidak dibenarkan.
  • Gunakan tanda baca sesuai pada tempatnya.
  • Pastikan penggunaan huruf besar dan huruf kecil juga sesuai pada tempatnya.
  • Jika anda mengeja entah apa-apa, meme anda akan terus dibuang ke tong sampah.



4. Bahasa yang dibenarkan


  • Bahasa Melayu Malaysia diutamakan.
  • Bahasa rojak (campuran bahasa Melayu dengan bahasa lain) dibenarkan, tetapi pastikan ejaannya cukup huruf.
  • Bahasa pasar juga dibenarkan, tetapi pastikan ejaannya cukup huruf.
  • Elakkan guna loghat negeri kerana bukan semua orang boleh faham loghat negeri anda yang anda banggakan sangat itu.



5. Nama anda


  • Gunakan nama betul anda sebagai kredit.
  • Nama samaran atau seumpama dengannya tidak dibenarkan.
  • Tidak mahu guna nama sendiri? Kenapa? Malu? Kalau malu, tidak perlu hantar meme.



6. Meme terpilih


  • Saya akan pilih dengan teliti setiap meme yang dihantar.
  • Meme yang cukup huruf akan diutamakan walaupun ia mungkin kurang uuuuu!
  • Jangan berkecil hati jika meme anda tidak terpilih.
  • Saya akan maklumkan melalui e-mel sama ada meme anda terpilih atau sebaliknya.



7. Keizinan untuk disiarkan


  • Meme yang dihantar mestilah dengan niat untuk disiarkan kepada umum.
  • Meme anda akan disiarkan di nawawimohshin.com dan mungkin juga di saluran YouTube Nawawi Mohshin.



8. Bayaran meme


  • Saya tidak kaya. Jangan berharap untuk mendapatkan sebarang bayaran bagi setiap meme yang anda hantar.
  • Jika mahu duit, sila pergi kerja, berniaga atau buat pelaburan halal yang menguntungkan.



9. Cara hantar meme


  • Picit butang di bawah untuk terus ke alamat e-mel penghantaran meme.
  • Tuliskan nama anda pada bahagian tajuk e-mel.
  • "Attach" gambar meme yang mahu anda hantar.
  • Satu meme sahaja dibenarkan.


Hantar Meme