Suka Kucing? Ini Koleksi 100 Keping Gambar KUCING COMEL Dari Seluruh Pelosok Dunia!

Suka Kucing? Ini Koleksi 100 Keping Gambar KUCING COMEL Dari Seluruh Pelosok Dunia!


KUCING merupakan salah satu binatang peliharaan yang paling popular di Malaysia.


Kerana itu, apa sahaja gambar yang dikongsikan di media sosial yang menunjukkan kucing yang comel, pasti akan menarik perhatian ramai orang.


Tidak cukup di media sosial, penggemar kucing dan pencinta kucing turut menjelajah sehingga ke Google, semata-mata mahu mencari gambar-gambar kucing yang comel.


Antara kata kunci carian yang popular sepanjang masa yang ditaip atau dicari oleh penggemar kucing dan pencinta kucing di kotak carian Google termasuklah:


  • Kucing comel.
  • Gambar kucing comel.
  • Koleksi gambar kucing comel.


Jika anda suka kucing dan merupakan seorang penggemar kucing atau pencinta kucing, berikut adalah — "Koleksi 100 Keping Gambar KUCING COMEL Dari Seluruh Pelosok Dunia!"


Selamat mencuci mata dan semoga koleksi gambar kucing comel ini dapat membuatkan anda tersenyum seorang diri.


Meow!


001 — Kucing kaki tidur.

002 — Kucing mahu tapi malu.

003 — Kucing garang macam singa.

004 — Kucing baru lepas kena marah.

005 — Kucing kaki tidur dalam kelas.

006 — Kucing tersandar kekenyangan.

007 — Kucing pandai memujuk sebab nak beli mainan.

008 — Kucing baru lepas makan rasuah.

009 — Kucing terkejut bila dapat tahu dia sebenarnya hanyalah seekor kucing.

010 — Kucing baru lepas putus cinta dan belum berjaya move on (padahal dah dua tahun putus cinta).

011 — Kucing tak ada akhlak.

012 — Kucing ayahanda kawasan.

013 — Kucing suka bahan kucing lain. Tapi bila dia kena bahan, dia terus lari masuk gua sebab koyak.

014 — Kucing tak suka ambil port pasal hal sekeliling dia. Yang dia tahu, asalkan dia cukup makan, itu sudah memadai.

015 — Kucing sehati sejiwa. Walau ke mana sekalipun, tetap bersama. Nampak macam baik. Tapi dalam diam, suka membahan kucing lain.

016 — Kucing pelik dan suka buat hal sendiri.

017 — Kucing suka memerhati kucing lain yang berada di sekeliling. Boleh berhubung melalui telepati jika ada benda yang boleh dibahan tentang kucing lain.

018 — Kucing asyik bad mood 24 jam. Semua benda tak kena. Macamlah dia seekor sahaja yang betul.

019 — Kucing suka berfikir. Banyak idea. Tapi tak pernah bertindak. Akhirnya, kekal berada di takuk yang sama sehingga mati.

020 — Kucing cantik. Banyak peminat. Suka melayan kucing jantan lain. Selalu mempergunakan kucing jantan lain untuk kepentingan peribadi.


021 — Kucing baru nak belajar parkour. Hampir tergelincir sebentar tadi. Tapi mujurlah sempat cover.

022 — Kucing suka show off setiap ibadah yang dia buat. Solat subuh pun nak menunjuk dekat media sosial. Padahal sebenarnya dia subuh gajah!

023 — Kucing playboy pantang nampak kucing lawa lalu depan mata.

024 — Kucing suka pasang telinga perbualan kucing lain dan terkejut bila dapat tahu kucing jiran sebelah bunting lagi.

025 — Kucing Yoda filem Star Wars.

026 — Kucing dah bersedia nak sertai himpunan haram. Tak cukup bajet beli hailer. Terpaksa guna apa saja benda yang ada dekat rumah sebagai ganti hailer. Yang penting, yakin.

027 — Kucing pengintip. Bercita-cita mahu menjadi ejen CIA.

028 — Kucing suka terkejut 24 jam. Semua benda boleh buat dia terkejut. Cameraman sebut cheese supaya dia senyum pun, dia boleh terkejut juga.

029 — Kucing muka comel tapi teringin nak jadi abang kawasan suatu masa nanti. Terpaksa buat muka ganas demi cita-cita yang ingin dicapainya.

030 — Kucing tak suka senyum. Imej muka masam 24 jam menjadi pilihan dia sejak di bangku sekolah tadika lagi.

031 — Kucing acah-acah hacker selepas baru belajar cara recover password akaun Gmail sendiri.

032 — Kucing ketagih kopi. Memerlukan kopi setiap hari supaya fikirannya stabil. Baginya, sehari tanpa kopi umpama kopi tanpa sehari. Aik! Macam tak stabil sahaja fikirannya itu.

033 — Kucing tua. Suka ambil gambar sendiri dengan muka yang betul-betul hanya seinci sahaja dari lensa kamera.

034 — Kucing tak dibenarkan masuk rumah. Kerjanya merayau sahaja setiap malam. Pagi-pagi baru nampak batang hidungnya di rumah. Disebabkan itu, dia terpaksa masuk ke rumah melalui tingkap secara senyap-senyap, supaya tidak diketahui oleh isterinya, bahawa dia pulang lewat.

035 — Kucing pemuzik. Muzik adalah hidupnya dan hidupnya adalah untuk muzik.

036 — Kucing tidak ada adab. Suka bersidai di atas jalan yang dikhaskan untuk pengguna OKU.

037 — Kucing berdikari. Seekor kucing yang kental jiwanya. Tidak mudah berputus asa. Sentiasa berusaha untuk berdiri di atas kaki sendiri.

038 — Kucing puteri lilin. Tidak boleh terkena panas matahari terlalu lama. Perlu cari tempat berteduh jika tidak mahu kulitnya terbakar hangus.

039 — Kucing pencari harta karun. Bergerak dalam kumpulan. Semangat setia kawan sudah menebal dalam diri mereka. Miskin sama-sama. Kaya juga sama-sama.

040 — Kucing siri kartun Inspector Gadget. Dimiliki oleh Dr. Claw. Ada pendapat menyatakan, dia sebenarnya mastermind untuk setiap kerja jahat Dr. Claw.


041 — Kucing leher panjang. Entah apa yang dibuatnya sampai leher jadi panjang pun tak tahulah.

042 — Kucing petarung MMA. Jangan cuba-cuba nak buat hal dengan dia. Sekali dia hayun satu sekeh dekat kepala kita, dijamin berparut seumur hidup.

043 — Kucing pemain boling. Merupakan juara dunia dalam sukan boling kucing peringkat antarabangsa. Seekor kucing yang fokus. Tidak suka bergurau. Sentiasa serius setiap masa.

044 — Kucing keletihan sebab malam semalam anjurkan parti hari jadi untuk diri sendiri. Padahal dah tua. Tapi masih beria sambut hari jadi diri sendiri.

045 — Kucing gelandangan. Dulu hidup mewah. Tapi kerana jenayah buntingkan kucing jiran sebelah, kini hidupnya merempat di jalanan.

046 — Kucing tak sabar nak keluar main bola dengan kawan-kawan. Maklumlah, sehari suntuk belajar sahaja kerjanya.

047 — Kucing skema (nerd). Falsafah hidupnya adalah, belajar untuk hidup dan hidup untuk belajar. Tidak suka bersosial kerana sahabatnya hanyalah buku.

048 — Kucing tukang sapu. Rajin bekerja. Tidak pernah merungut dengan kerja sedia ada. Sentiasa bersyukur dengan setiap nikmat kurniaan Tuhan.

049 — Kucing racist. Hidupnya hanya mencari salah anjing dan segala perkara buruk yang berlaku, disalahkan kepada anjing sahaja. Tahi dalam rumah bersepah pun, disalahkan anjing. Padahal rumahnya tidak ada anjing!

050 — Kucing majmuk. Tahu dirinya hidup di Malaysia, sebuah negara berbilang kaum. Sikap bertoleransi menjadikan dirinya disenangi oleh binatang lain, termasuklah anjing.

051 — Kucing suka bercucuk tanam. Rajin berbakti pada tanah. Cintakan alam dan tidak suka membazir.

052 — Kucing ejen hartanah. Bermulut manis dan pandai mempengaruhi kucing lain untuk memiliki hartanah mereka sendiri.

053 — Kucing teringin nak jadi pizza sebab baginya menjadi seekor kucing is too mainstream.

054 — Kucing rempit. Cintakan kenderaan beroda dua. Motosikal dan dirinya, berpisah tiada.

055 — Kucing drama queen. Tidak mudah untuk mencuri hatinya. Banyak kucing jantan tidak tahan dengan dirinya sebab terlalu high maintenance.

056 — Kucing video editor. Memiliki channel YouTube sendiri. Popular di internet tetapi sentiasa humble di dunia sebenar.

057 — Kucing pencinta roti. Tidak suka makan nasi. Bercita-cita mahu menjadi roti suatu masa nanti kerana sudah penat menjadi kucing.

058 — Kucing pengamal perubatan. Rajin berkongsi ilmu perubatan di media sosial. Dibenci oleh golongan kucing antivaksin.

059 — Kucing suka minum air putih. Baginya, air putih yang cukup dalam badan mampu menguruskan badannya yang montel. Sudah 10 tahun mengamalkan minum air putih tapi sayangnya masih kekal montel sebab kerjanya makan sahaja.

060 — Kucing profesor. Genius dan bijak sejak kecil. Pernah menulis 300 buah buku ilmiah tetapi apabila menulis di media sosial atau di WhatsApp, masih tetap mengeja macam budak WeChat, bahkan lebih teruk (contoh: aq suker bc bku nieww).


061 — Kucing suka tidur. Tengah sedap makan pun boleh tidur. Aneh-aneh sahaja perangai dia.

062 — Kucing model. Kerap mendapat job untuk iklan jenama popular antarabangsa. Bercita-cita menjadi pelakon Hollywood sejak kecil.

063 — Kucing tidak takut ketinggian. Pernah panjat menara KLCC tanpa tali. Berani dan sukakan cabaran.

064 — Kucing capo Ultras Malaya. Suka menjerit. Memiliki sifat kepimpinan yang cemerlang sejak di bangku di sekolah.

065 — Kucing gegadis Insta famous. Setiap hari akan upload 10 keping gambar di Instagram (2 keping selfie, 2 keping acah-acah candid dan 6 keping paid review).

066 — Kucing penjaga kasut dan selipar jemaah masjid. Seekor kucing yang baik hati. Apabila buat sesuatu, tidak minta dibalas. Niatnya, ikhlas kerana Allah.

067 — Kucing tengah kena marah sebab selalu sepahkan mainan. Mainannya ada banyak. Tapi yang peliknya, hanya suka main dengan bakul sahaja.

068 — Kucing tebuk atap. Berminat menjadi ahli politik pengkhianat mandat rakyat suatu masa nanti.

069 — Kucing pengkaji tulang dinosaur spesies kucing. Suka menonton filem Jurassic Park.

070 — Kucing makcik-makcik zumba. Orang lain berzumba, tapi dia entah buat apa pun tak tahulah.

071 — Kucing tembam show off main salji dekat Korea. Padahal pergi sana pakai duit mak bapak!

072 — Kucing tertidur kepenatan selepas berjaya tidak buat apa-apa dari pagi.

073 — Kucing jenis visual. Sedang mempraktikkan falsafah "usaha tangga kejayaan". Merasa pelik kerana tangga sudah ada di depan mata, tapi masih belum nampak kejayaannya di mana.

074 — Kucing di alam fantasi. Pernah mendapat tawaran berlakon dalam siri televisyen, Teletubbies sebagai kucing. Tetapi menolaknya kerana dia yakin dia bukanlah seekor kucing.

075 — Kucing samseng kampung. Memiliki 13 rekod jenayah. Antaranya, cakar tempat duduk motosikal ketua kampung.

076 — Kucing suka menjerit dari luar padang. Suka kritik cara kucing lain bermain bola. Tapi diri dia sendiri kaki bangku.

077 — Kucing sedih selepas ditinggalkan kekasih. Bukannya berpisah pun. Kekasih dia pergi ke tandas sekejap sahaja. Aduh, drama sungguh!

078 — Kucing nak belajar terbang. Apabila ditanya mengapa dia mahu belajar terbang? Adakah dia bercita-cita mahu menjadi juruterbang? Jawapannya mudah, "saya mahu menjadi kapal terbang."

079 — Kucing suka berkain pelikat. Menurutnya, berkain pelikat melambangkan dirinya seekor kucing Muslim. Huh! Jelas sekali dia tidak tahu sejarah!

080 — Kucing suka mencelah perbualan kucing lain. Baginya, dia lebih arif dan tahu tentang segala macam benda di atas muka bumi ini.


081 — Kucing pantang jumpa. Asal jumpa saja, nak bergaduh. Asal bergaduh saja, nak jumpa. Ish! Letih tengok dua ekor ni.

082 — Kucing lorong. Hidupnya tidak senang sejak lahir. Tapi pengalaman hidup serta ilmunya cukup banyak walaupun tidak mampu untuk belajar sehingga ke menara gading.

083 — Kucing takut tengok cerita seram. Walaupun takut, tapi tetap nak tengok juga. Aneh sungguh.

084 — Kucing penjual kasut bundle. Sering diperlekehkan collector kasut butik. Tapi dalam diam, dia sudahpun bergelar jutawan dengan usaha dan modal sendiri. Sebaliknya, collector kasut butik yang selalu memperlekehkannya pula, hanya mampu beli kasut guna personal loan atau setidak-tidaknya guna duit mak bapak. Kah! Kah! Kah!

085 — Kucing pemain bola keranjang. Sering menjadi pemain simpanan sahaja kerana dia terlalu comel dan pendek. Hmmmh. Kesian.

086 — Kucing tertidur kepenatan selepas penat bekerja. Tidak pasti apa yang dia penatkan sangat. Walhal, di tempat kerja dia hanya main Facebook dan layan TikTok sahaja.

087 — Kucing jurulatih sukan renang. Dikhabarkan, Michael Phelps pernah dilatih olehnya. Tidak pasti ia khabar benar atau palsu. Tapi rasanya, dia membongak sahaja.

088 — Kucing tauke kedai runcit. Sangat kaya dan ada banyak cawangan. Eh, tidak! Jangan salah faham. Bukan banyak cawangan orang rumah. Sebaliknya, banyak cawangan kedai runcit.

089 — Kucing pemburu. Sangat teliti ketika memburu. Tapi tidak pasti apa yang diburunya.

090 — Kucing acah-acah Spider-Man. Sangat meminati karakter adiwira Spider-Man. Pernah disengat lebah dan berharap sengatan itu mampu menjadikannya Spider-Man. Tapi dia silap. Spider itu maksudnya labah-labah. Bukannya lebah!

091 — Kucing babysitter. Bermuka garang tapi hatinya sangat baik dan sayangkan kanak-kanak. Masih belum berkahwin kerana tidak ada kucing jantan yang berani mengoratnya sebab mukanya garang macam singa. Tacod lah baby!

092 — Kucing sarkas. Sangat pandai menghiburkan kucing-kucing lain. Dalam masa yang sama, dia juga suka menyindir (sarkastik) ketika membuat persembahan.

093 — Kucing baru mampu beli basikal harga kayangan. Dalam masa satu hari, berpuluh keping gambar dia dengan basikal yang dimuat naik ke media sosial. Tapi kayuhannya tak sampai pun 1 kilometer!

094 — Kucing suka melepak. Kabur dengan masa depan diri mereka. Tidak tahu apa yang perlu dilakukan untuk ubah hidup dan tidak tahu langsung apa faedahnya untuk ubah hidup. Bagi mereka, melepak juga satu ibadah. Apa kejadah!

095 — Kucing bomoh temberang. Lebih dikenali sebagai kucing nenek kebayan. Kononnya pandai mengubat 1,001 macam penyakit. Walhal, bila diri sendiri rasa nak demam pun, kelam-kabut telan paracetamol laju-laju. Huh! Dasar temberang!

096 — Kucing suka merancang. Setiap apa yang mahu dilakukannya, akan dimulai dengan merancang. Perancangannya sangat tersusun dan rapi. Tapi satu sahaja masalahnya, dia tidak pernah bertindak. Hanya merancang, berimaginasi dan berangan 24 jam.

097 — Kucing banduan. Jenayah yang dilakukannya tidaklah terlalu berat. Alah, hanya merompak duit rakyat dan makan rasuah sahaja. Kata orang, merompak duit rakyat dan makan rasuah tidak mengapa. Asalkan dia Muslim. Pffftt!

098 — Kucing sudah sedia untuk travel. Tapi disebabkan sudah lama tidak travel, maka sudah lupa apa yang patut diisi di dalam beg bagasi. Maka diisinya diri sendiri. Hmmmh.

099 — Kucing kena denda sebab tak siap kerja sekolah. Dendanya mudah. Tenung papan hitam sampai papan hitam itu bertukar menjadi warna putih dengan sendirinya. Aje gila dendanya!

100 — Kucing kepisangan (kebosanan). Sebabnya, dari tadi scroll 100 gambar kucing. Perghhh! Gila tak bosan?



Nawawi Mohshin suka berkongsi kandungan yang fun, rare atau apa sahaja yang ada demand. Jika anda merasa bosan dengan kandungan yang dikongsikan di blog ini, silakan picit sini supaya lebih bosan.