SOPHIA: Si Robot Manusia Yang Menyeramkan

SOPHIA: Si Robot Manusia Yang Menyeramkan


1. S-O-P-H-I-A — Sophia!


2. Kalau korang belum tahu, Sophia adalah nama bagi sebuah robot yang dikategorikan sebagai, "social humanoid robot".


3. Maksudnya, Sophia tu sejenis robot yang menyerupai manusia dan boleh bercakap secara dua hala dengan manusia di sekeliling dia.


4. Tarikh 14 Februari 2016 adalah tarikh yang bersejarah buat Sophia. Sebabnya, ketika itulah memori dia mula diaktifkan dan seterusnya membolehkan dia untuk melihat dunia ni buat kali yang pertama.


5. Sophia telah direka cipta oleh Hanson Robotics, sebuah syarikat yang bertapak dekat China.


6. Projek reka cipta Sophia telah mula dibangunkan oleh pengasas syarikat Hanson Robotics tu sendiri yang dikenali sebagai, David Hanson.


7. David Hanson pernah kata, kalau kita nakkan robot yang dapat membantu memudahkan urusan harian manusia, maka kita perlu mereka cipta robot yang hampir menyerupai manusia.


8. Pada dia, hanya dengan cara itulah, manusia tak akan rasa kekok dan tak akan rasa janggal waktu berkomunikasi dengan robot.


9. Disebabkan itulah, dia berusaha mereka cipta sebuah robot manusia yang bernama Sophia tu.


10. Satu benda yang mungkin menarik pasal si Sophia tu, memek muka dia boleh berubah ikut situasi semasa tau?


11. Contohnya, kalau dia tengah tergelak selepas terdengar apa-apa benda yang lawak, memek muka dia pun akan ikut berubah sama dan nampak real jugaklah macam orang yang tengah tergelak. Menarik kan?


12. Ehmmm...menarik ke? Tak kot! Pada aku, benda tu sangat tak menarik. Sebaliknya, seram lagi, adalah!


13. Sebabnya, cuba korang bayangkan kalau si Sophia tu ada dekat rumah korang sekarang ni.


14. Kebetulan, pukul tiga pagi korang terjaga dari tidur dan korang terdengar si Sophia tu tengah bercakap sorang-sorang sambil gelak besar, "Kooorangggg...Hahahahahaa!"







Nawawi Mohshin aktif berkongsi pelbagai jenis kandungan di blog ini bermula Ogos, 2021. Jika anda suka kandungan yang dikongsikan oleh Nawawi Mohshin, silakan picit sini untuk support beliau.