Saroo: Kisah Benar Kanak-kanak Hilang dan Tak Pulang ke Rumah Lebih 20 Tahun

Saroo: Kisah Benar Kanak-kanak Hilang dan Tak Pulang ke Rumah Lebih 20 Tahun


1. Korang pernah dengar tak kisah pasal Saroo? Kanak-kanak dari India yang hilang dan tak pulang ke rumah lebih 20 tahun.


2. Saroo merupakan seorang kanak-kanak yang berasal dari Ganesh Talai, India.


3. Pada suatu hari, si Saroo tu nak ikut abang dia ke tempat kerja. Dia teringin nak bekerja sebagai pengangkat batu-batu arang jugak macam abang dia.


4. Mula-mula tu abang dia tak bagi ikut. Lagi pun, seperti biasa, memang si Saroo tu yang kena teman adik perempuan dia dekat rumah kalau mak dan abang dia pergi kerja.


5. Tapi kesian punya pasal, abang dia pun bawak jelah si Saroo tu sekali ke tempat kerja.


6. Disebabkan abang dia kerja shift tengah malam dan diorang gerak pergi kerja naik basikal je, maka sebelum hari gelap, diorang dah gerak dah.


7. Tempat kerja abang dia berhampiran dengan sebuah stesen keretapi. Jadi, diorang park basikal dekat area situ dan berehat dekat situ dulu sebelum masuk kerja.


8. Lama sangat rehat dan tunggu dekat situ, Saroo jadi mengantuk dan dia terus tertidur dekat atas sebuah kerusi panjang dekat stesen keretapi tu.


9. Bila sampai masa nak ke tempat kerja, abang dia pun kejutlah dia tapi dia tak bangun. Jadi, abang dia pun suruh dia tunggu dekat situ je sampai abang dia habis kerja.


10. Beberapa jam selepas tu, Saroo terbangun dari tidur dan terus pergi cari abang dia tapi abang dia tak ada pulak dekat situ. Dalam masa yang sama, dia rasa sejuk. Jadi dia pun naik satu gerabak keretapi yang ada dekat depan mata dia.


11. Lepas dia naik gerabak keretapi tu, dia tertidur dalam tu pulak dan bila dia terjaga je, tahu-tahu keretapi tu dah bergerak entah ke mana.


12. Selepas beberapa hari dalam keretapi tu, akhirnya keretapi tu berhenti dekat sebuah hentian di Kolkata. Dia sesat dekat Kolkata tu selama beberapa bulan.


13. Dipendekkan cerita, tak cukup Kolkata yang memang dah jauh dari tempat asal dia tu, dia akhirnya dibawa ke Australia pulak dan menetap dekat situ sehingga berusia lebih kurang 26 tahun!


14. Kisah benar pasal kanak-kanak hilang yang bernama Saroo ni telah dikongsikan sendiri oleh Saroo dalam sebuah buku yang berjudul "A Long Way Home".


15. Buku tu pulak telah pun diadaptasi menjadi sebuah filem yang bertajuk "Lion". Kalau korang belum tengok lagi, korang boleh tengok dekat Netflix. Aku sangat rekomen korang tengok movie Lion tu.


16. Tapi, pastikan korang sediakan tisu sekali tau? Sebabnya, cerita tu memang akan buat korang rasa sebak gila terutama part ending dia. Serius!







Nawawi Mohshin aktif berkongsi pelbagai jenis kandungan di blog ini bermula Ogos, 2021. Jika anda suka kandungan yang dikongsikan oleh Nawawi Mohshin, silakan picit sini untuk support beliau.