Kereta Terbang Dari Masa Depan

Kereta Terbang Dari Masa Depan


1. Korang tahu tak kita dah semakin hampir dengan masa depan?


2. Sebabnya, kereta terbang yang kita nanti-nantikan sejak tahun 90-an dulu, sudah pun berjaya direka cipta oleh manusia.


3. Baru-baru ni, viral pasal satu video yang menunjukkan sebuah kereta yang sedang terbang dekat udara.


4. Kereta tau! Bukan drone. Bukan kapal terbang biasa. Bukan helikopter. Sebaliknya...ke-re-ta!


5. Maksudnya, kereta tu boleh terbang dekat udara dan boleh jugak dipandu macam biasa dekat atas jalan raya.


6. Kereta terbang tu telah direka oleh sebuah syarikat yang bertapak dekat Slovakia.


7. Nama syarikat tu, Klein Vision dan syarikat tu diasaskan oleh Profesor Stefan Klein.


8. Nama kereta terbang yang direka cipta oleh Profesor Stefan Klein tu pulak simple dan comel je iaitu — "AirCar".


9. Tapi sebelum terhasilnya prototaip AirCar tu, Profesor Stefan Klein telah pun mereka cipta dua buah kereta terbang sebenarnya.


10. Kereta terbang pertama yang dia reka adalah AeroMobil I yang siap dihasilkan pada tahun 1989.


11. Kemudian, pada tahun 1996, dia reka kereta terbang yang kedua pulak iaitu, AeroMobil II.


12. Sayangnya, kedua-dua buah prototaip kereta terbang tu dianggap kurang berjaya sebab tak berapa sesuai untuk dipandu dekat atas jalan raya.


13. 20 tahun kemudian iaitu pada tahun 2016, Profesor Stefan Klein umumkan keluar dari syarikat AeroMobil.


14. Setahun selepas tu iaitu pada tahun 2017, dia tubuhkan pulak syarikat dia sendiri yang dikenali sebagai Klein Vision.


15. Dia asaskan syarikat tu bersama dengan seorang kawan dia yang bernama, Anton Zajac.


16. Bermula pada tahun itulah, prototaip kereta terbang AirCar mula dibangunkan sikit demi sikit.


17. Akhirnya, pada tarikh 28 Jun 2021, AirCar telah berjaya diterbangkan untuk kali yang ke-142 di udara.


18. Penerbangan AirCar tu bermula dari sebuah lapangan terbang di Nitra menuju ke lapangan terbang di Bratislava.


19. Jarak Nitra ke Bratislava tu lebih kurang dalam 90 kilometer.


20. Biasanya, kalau naik kereta ikut jalan raya, mungkin akan mengambil masa lebih kurang dalam 58 minit kot.


21. Tapi sebab AirCar tu boleh terbang, jadi dia cuma ambik masa lebih kurang dalam 35 minit je.


22. Aku rasa teruja gila nak share pasal benda ni sebab waktu sekolah rendah dulu, aku ingatkan bila tibanya tahun 2020, kereta terbang dah berlambak dekat atas langit.


23. Tapi rupa-rupanya, hanya pada tahun 2021 barulah manusia berjaya mereka cipta kereta terbang yang betul-betul boleh terbang dan boleh dipandu dekat atas jalan raya.


24. Cumanya, AirCar ni dikategorikan sebagai sports car sebenarnya.


25. Alah, macam Ferrari, Lamborghini dan lain-lain tu.


26. Jadi, korang faham-faham jelah harga dia kalau dah mula dijual dekat pasaran nanti.


27. Tapi takpalah. Lagi pun, kereta elektrik macam Tesla pun rakyat marhaen macam kita belum mampu merasa lagi.


28. Inikan pulak si AirCar, kereta terbang ni kan?


29. Huh! Memang kita mampu tengok jelah gamaknya nanti.


30. Hmmmh.







Nawawi Mohshin aktif berkongsi pelbagai jenis kandungan di blog ini bermula Ogos, 2021. Jika anda suka kandungan yang dikongsikan oleh Nawawi Mohshin, silakan picit sini untuk support beliau.