1 Julai: International Joke Day (Hari Jenaka Antarabangsa)

1 Julai: International Joke Day (Hari Jenaka Antarabangsa)


1. Hari ni 1 Julai 2021.


2. Aku cuba Google apa yang menarik tentang tarikh 1 Julai ni.


3. Tapi aku tak sangka, sebenarnya hari ni merupakan International Joke Day.


4. Atau dalam Bahasa Melayunya — Hari Jenaka Antarabangsa.


5. Aku tak pasti hari tersebut benar-benar hari yang disambut secara sah atau sebaliknya.


6. Sebabnya, aku cuba cari maklumat dekat Wikipedia, tapi carian aku tu agak menghampakan.


7. Aku tak jumpa pun page di Wikipedia yang menceritakan dengan lebih lanjut tentang Hari Jenaka Antarabangsa tu.


8. Yang aku jumpa, ada beberapa blog yang cerita tentang sejarah awal Hari Jenaka Antarabangsa tu.


9. Cumanya, kesahihan sumbernya, memang tak dapat dipastikan.


10. Sebagai manusia yang normal, jenaka atau lawak memang diperlukan untuk menceriakan suasana.


11. Dengan ketawa (walaupun sikit je) pasti akan dapat membuatkan kita rasa sedikit gembira.


12. Dan cakap pasal jenaka apa bagai ni, aku teringat cerita kelakar pasal Al-Marhum abah aku dulu.


13. Abah aku cikgu.


14. Satu hari, dia disuruh oleh pengetua atau siapa entah, untuk ke satu tempat.


15. Tujuannya, untuk menghadiri satu kursus atau mesyuarat atau yang seumpama dengannyalah.


16. Abah aku diberitahu last minute tentang perkara tu.


17. Maklumat pun sampai melalui panggilan telefon dekat pejabat sekolah je.


18. Tak ada sebarang surat yang sampai ke tangan abah aku.


19. Menurut orang atasan dekat sekolah abah aku tu, abah aku kena pergi satu kursus komputer.


20. Sebut saja pasal benda-benda teknologi ni, abah aku pasti akan mula rasa seram sejuk.


21. Abah aku kurang mahir dan kurang minat dengan teknologi.


22. Tapi yang peliknya, dia antara orang terawal dekat kampung aku yang memiliki komputer atau komputer riba.


23. Entahlah. Mungkin niat dia beli tu untuk kegunaan anak-anak kot.


24. Anyway, gelabah punya pasal, awal pagi sebelum ke tempat kursus komputer tu, abah aku punyalah bersungguh suruh abang aku ajar benda-benda basic untuk guna komputer.


25. Korang bayangkan, bab nak on-off komputer pun abah aku tak tahu waktu tu. Hahaha!


26. Selesai belajar benda basic, abah aku pun pergilah ke tempat kursus komputer yang diarahkan oleh jabatan tu.


27. Berkursuslah dia selama sehari suntuk dekat situ.


28. Habis kursus tu, dia terus balik ke rumah.


29. Sampai dekat rumah, abah aku pun bagitahu kitorang satu benda.


30. Rupa-rupanya, kursus yang dia kena pergi tu, bukan kursus komputer.


31. Sebaliknya, kursus tentang masalah sosial dalam kalangan remaja yang berkaitan dengan akidah.


32. Masalah sosial tu tengah naik kaw-kaw waktu tu.


33. So, korang tahu kursus apa sebenarnya yang abah pergi tu?


34. Kursus pasal Black Metal! Bukan kursus komputer!


35. Aduhai, apalah abah aku ni!







Nawawi Mohshin aktif berkongsi pelbagai jenis kandungan di blog ini bermula Ogos, 2021. Jika anda suka kandungan yang dikongsikan oleh Nawawi Mohshin, silakan picit sini untuk support beliau.