POP! POP! POP!

POP! POP! POP!


1. Weh, geramnya aku!


2. Video terbaru aku pasal "DIY | CAT KIPAS GUNA SPRAY PAINT, DARI PUTIH MENJADI HITAM" ada bunyi "pop! Pop! Pop!" pulak dah. Hahaha!


3. Dulu memang selalu je ada bunyi macam tu. Tapi tak adalah obvious sangat. Tapi dalam video kali ni, obvious gila kot!


4. Aku tak pasti kenapa ada bunyi tu. Bunyi tu akan keluar di beberapa scene yang aku potong sikit video asalnya.


5. Katakanlah aku record satu scene tu 5 saat je, kemudian waktu nak edit, aku pendekkan jadi 3 saat. Haaa! Waktu saat yang ketiga tu lah tetiba akan kedengaran bunyi "pop!" tu. Kepala paip sungguh!


6. Waktu tengah edit video tu semalam, memang ada keluar bunyi "pop!" tu. Tapi sebab dah lama tak dengar bunyi tu, aku hanya mampu bersangka baik je. Aku anggap ia hanya berbunyi waktu tengah edit je.


7. Tapi sayang, bila dah habis edit dan waktu dah selesai export video tu, masih ada lagi pulak bunyi "pop!" tu. Ish, geram je aku!


8. Tapi apakan daya, semalam aku habis edit video tu agak lewat. Jadi, aku pun dah malas nak betulkan apa yang patut. Jadi (banyaknya jadi), aku "let it go...let it go...!" je lah. Hahaha!


9. Mujurlah aku teringat kata pepatah yang biasa kita dengar ni:


"Barang yang lepas jangan dikenang."


10. Jadi (jadi lagi!), aku pun "biaq pi kat depa" je lah. Kalau aku terlalu fikirkan sangat pasal benda-benda yang kecik macam tu, silap hari bulan nanti aku jadi — mental — agaknya. Huhu. Nauzubillah.


11. Okeylah. Itu je untuk blog post kali ni. Aku nak pergi rebus frankfurter kejap. Tadi aku dah keluarkan dari freezer untuk defrost. Harap-harap ais dia dah mencairlah.


12. Rak lu guys! Pape e-mel! Assalamualaikum.



Nawawi Mohshin merupakan seorang...entahlah. Aku pun tak tahu aku ni siapa sebenarnya. Konfius!

Sila picit sini untuk maklumat lanjut.