PANDANG SINI!

PANDANG SINI!


1. Salam. Nawawi Mohshin.


2. Sajalah aku nak kongsi, kalau korang perasan, mata aku ni memang akan selalu meliar kalau bercakap depan kamera.


3. Tahap liar mata aku ni sampaikan seorang kawan aku siap pernah tegur dekat komen salah satu video aku yang dulu. Dia komen:


"Tengok kameralah, Wi!"


Hahaha!


4. Mulai hari tu, aku cuba fokuskan mata aku untuk tengok kamera je. Tapi sayang, kadang-kadang tu terbabas jugak — mata aku tetap meliar ke arah lain.


5. Jadi, lebih kurang dua hari lepas, aku pasangkan lighting lama aku dekat atas kamera. Aku buang litar elektronik dan lampu LED yang ada dalam kotak lampu tu. Tujuannya, supaya dia ringan sikit.


6. Lepas tu, aku tampal sticker dinding warna hitam dekat cermin kotak lampu tu. Aku ambik liquid paper dan aku conteng dekat atas sticker tu — "PANDANG SINI!"


7. Tak cukup dengan tu, aku pun lukis satu anak panah kecik yang menunjukkan ke arah lensa kamera.



8. Aku yakin, selepas-selepas ni, mesti aku akan tengok kamera je setiap masa.


9. Tapi sayang, video aku haritu ada juga part yang aku tak pandang kamera. Mata meliar entah ke mana! Hahaha!


10. Tapi mujurlah aku masih boleh edit dan buang beberapa scene mata aku meliar tu tanpa potong scene aku bercakap. Huhu.


11. Moga-moga ada penambah baikanlah dalam video-video aku yang seterusnya. InsyaAllah. Amin.


12. Okeylah! Itu saja untuk blog post kali ni. Terima kasih sebab selalu payung satu view. Kita jumpa lagi di blog post seterusnya. Insya-Allah. Aku — Nawawi Mohshin. Assalamualaikum warahmatullah wabarakatuh.



Nawawi Mohshin merupakan seorang...entahlah. Aku pun tak tahu aku ni siapa sebenarnya. Konfius!

Sila picit sini untuk maklumat lanjut.