TAK PUAS HATI

TAK PUAS HATI


1. Hari ni, hasil video aku tak berapa nak memuaskan.


2. Aku shoot video pasal "Main Pingpong" dengan adik aku.


3. Antara sebab aku tak berapa puas hati adalah berpunca dari kelewatan kitorang mula shoot.


4. Dalam 6 petang lebih tadi, baru aku dengan adik aku keluar ke kawasan lapang sebelah rumah untuk shoot.


5. Sebabnya, sebelum tu kitorang gelak terbahak-bahak melayan movie "Con-Heartist" dekat Netflix. Sedar-sedar je, hari dah lewat.


6. Tapi, nak atau tak nak, aku ajak juga adik aku untuk shoot video YouTube. Aku kena paksa diri aku dan adik aku (kesian adik aku. Hahaha!).


7. Adik aku penyeri setiap video aku. Video vlog pertama yang aku upload dekat YouTube dulu pun, aku buat dengan adik aku.


8. Memang niat aku nak jadikan adik aku "kambing hitam" untuk projek video aku dekat YouTube. Hahaha!


9. Berbalik semula dekat video yang aku shoot petang tadi, aku memang tak berapa nak puas hati.


10. Aku record video guna GoPro Hero 8 Black je. Aku tak pandai setting apa bagai ni. Guna GoPro ni, bila tak ada matahari je, mulalah hasil video dia jadi tak berapa nak cun.


11. Macam petang tadi, part aku berlari dengan adik aku memang nampak tak cun sebab gambar tu macam pecah-pecah sikit.


12. Entahlah. Mungkin aku kena usaha belajar pasal setting GoPro dengan lebih detail kot.


13. Tapi, takpalah. Benda dah lepas pun. Malas nak fikir-fikir lagi. Video tu pun pendek je. Sekarang pun dah siap edit. Tinggal nak upload dekat YouTube je.


14. Okeylah. Harap-harap ada improvement dalam karya video aku di YouTube di masa akan datang. Doakan aku ya? Terima kasih.


15. Aku nak mandi jap. Gerak lu, pape e-mel! Assalamualaikum.



Nawawi Mohshin merupakan seorang...entahlah. Aku pun tak tahu aku ni siapa sebenarnya. Konfius!

Sila picit sini untuk maklumat lanjut.