Misi 365 Hari

Misi 365 Hari


1. Alhamdulillah. Mulai tiga hari lepas, aku dah kembali rajin upload video di YouTube, setiap hari secara berturut-turut.


2. Walaupun baru je tiga hari berturut-turut, tapi kejayaan kecil ni kena jugak aku hargai.


3. Kata orang, kejayaan yang besar bermula dengan kejayaan yang kecil-kecil terlebih dahulu.


4. Sejak pertama kali aku upload video di YouTube, aku memang berhasrat nak buat daily vlog.


5. Sejujurnya, keberanian aku untuk upload video pertama di YouTube dulu sebab terinspirasi dengan YouTuber berketurunan Yahudi — Casey Neistat.


6. Disebabkan aku ketagih tengok video dia, aku pun mula simpan cita-cita untuk buat satu channel YouTube macam dia; daily vlogging.


7. Tapi apakan daya, banyak kekangan jugak sebelum-sebelum ni. Jadi, hasrat untuk upload video setiap hari di channel YouTube aku, tak kesampaian.


8. Aku dah cuba berkali-kali untuk upload video dengan lebih kerap (maksud aku; setiap hari). Tapi cubaan aku asyik gagal je.


9. Mujurlah aku teringat pesan mak aku. Mak aku selalu pesan dan ingatkan, orang berjaya ni selalunya istiqamah. Orang berjaya ni selalunya konsisten. Orang berjaya ni selalunya tinggi kesabaran.


10. Berbekalkan peringatan mak aku tu, aku akan jadikan pedoman untuk terus istiqamah dalam usaha merealisasikan impian aku yang asyik gagal dan tertangguh tu iaitu — upload video di channel YouTube aku selama 365 hari tanpa henti.


11. Persoalannya, kenapa 365 hari? Kenapa tak 3 hari sekali je? Kenapa tak 3 minggu sekali je? Kenapa tak 3 bulan sekali je? Kenapa perlu 365 hari berturut-turut? Kenapa? Kenapa Wi? Kenapa?


12. Alang aku pernah pesan, kejayaan boleh ditiru. Pesanan tu selalu diulang-ulang oleh mereka yang pernah sertai program Neuro-Linguistic Programming (NLP). Walaupun tak semua tentang NLP adalah betul, tapi bab "kejayaan boleh ditiru" tu, aku setuju.


13. Casey Neistat, sebelum raih berjuta subscribers dekat YouTube, dia upload video di YouTube setiap hari, selama 365 hari. Nas Daily pun sama. Tak lupa jugak Atta Halilintar, dia pun sama jugak. Oh, ya! Kalau tak silap aku, PewDiePie pun buat benda yang sama.


14. Itu antara contoh YouTuber yang dah berjaya buktikan betapa pentingnya kena upload video setiap hari di YouTube.


15. Walaupun upload video setiap hari di YouTube bukan sebab utama diorang boleh berjaya macam sekarang ni, tapi tak salah kalau aku katakan ia memang penting dan tersangatlah penting.


16. Jadi, insyaAllah, aku akan usaha realisasikan misi aku ni — upload video setiap hari di channel YouTube aku selama 365 hari tanpa henti.


17. Oh, ya! Macam best pulak rasanya menulis dekat blog ni dengan poin bernombor ni. Tun M selalu tulis macam ni. Teknik ni membuatkan pembaca rasa nak baca sampai ke poin yang terakhir.


18. Disebabkan best, jadi aku nak guna teknik ni juga untuk blog aku. Mungkin akan membuatkan aku lebih kerap jugak menulis dekat blog ni (harap-harap boleh menulis di blog ni setiap hari).


19. Okeylah, gerak lu! Pape, e-mel!



Nawawi Mohshin merupakan seorang...entahlah. Aku pun tak tahu aku ni siapa sebenarnya. Konfius!

Sila picit sini untuk maklumat lanjut.