Grace VanderWaal

Grace VanderWaal


Grace VanderWaal.


Dia merupakan penyanyi cilik yang menang rancangan American Got Talent (AGT) pada tahun 2016 mengalahkan pasangan mentalist, The Clairvoyants.


Aku minat dengar suara dia waktu aku tengok dia audition AGT lagi. Entahlah. Suara dia unik sangat. Waktu tu dia nyanyi lagu I Don't Know My Name. Lagu tu dia cipta sendiri dan perform atas pentas AGT berbekalkan ukulele dia je.


Menarik tentang dia ni, kawan-kawan sekolah atau cikgu dia tak tahu pun dia ada bakat terpendam; main ukulele, menyanyi dan cipta lagu.


Mungkin kawan-kawan sekolah dan cikgu-cikgu dia hanya tahu pasal bakat terpendam dia lepas tengok AGT je agaknya.


Suara dia unik. Serak-serak basah gitu. Aku suka penyanyi yang jenis suara gitu. Suara yang tak terlalu lunak. Tak tahulah kenapa aku suka suara gitu. Mungkin aku ni tak ada taste kot dalam bab memilih suara yang sedap. Haha.


Selain suara dia, kebolehan dia cipta lagu sendiri pada usia yang agak muda, memang membuatkan aku rasa sedikit teruja. Pada aku, itu sesuatu yang sangat wow.


Aku ni bukanlah faham sangat bahasa Inggeris, tapi memang sedap je dengar lagu yang dia nyanyikan. Tambah pulak lagu tu dia cipta sendiri.


Lirik, rentak lagu dan muzik untuk semua lagu dia memang terletak cantik je pada tempatnya.


Tapi sayang, lama masa berlalu, dia akhirnya jadi sama je macam penyanyi omputeh yang lain. Lama-kelamaan, mula dah nak pakai seksi-seksi. Benda gitu buat aku sedikit turn off.


Pada aku, seorang wanita/perempuan/gadis yang berbakat, tak perlu pun menjadikan keseksian pakaiannya sebagai alat untuk menarik perhatian atau mahu kekal relevan di mata masyarakat.


Seksi ni sementara je. Cantiknya itu mungkin sekejap saja. Sebab kecantikan yang berpanjangan itu adalah — akal dan hati.


Fuh!


Tapi, lantak dialah. Dah itu pilihan dia kan. Kita pun tahu dunia hiburan di luar negara ni memang bergantung dengan kecantikan tubuh wanita semata-mata untuk terus hidup.


Mujurlah aku lahir dan tinggal di Malaysia. Kalau bukan kerana Islam pun, jiwa Melayu dan Malaysia kita memang sudah sebati untuk memelihara adab atau sentiasa bersopan santun.


Kerana hati tidak dapat dinilai oleh mata kasar, maka kita memilih untuk menjadikan pakaian sebagai kayu ukur untuk menilai seseorang untuk pertama kali.


Bukan jenis pakaiannya yang kita nilai. Tetapi, sekurang-kurangnya, pakaian yang kelihatan sopan, tidak seksi, tidak terbelah sana, tidak terbelah sini, tidak terbonjol sana, tidak terbonjol sini, itulah yang kita anggap sebagai sopan.


Dari pandangan pakaian itulah kita mula menilai seseorang itu sama ada dia itu bagaimana orangnya. Liarkah? Atau jinakkah? Lebih kurang macam tu lah. Hahaha!


Berbalik semula pada Grace VanderWaal, walaupun dia kini sudah berubah seksi, tapi aku masih okey dan tak ada masalah untuk terus mendengar lagu dia.


Sebab...entahlah. Seni lagu ciptaan dia memang unik. Suara dia unik. Pilihan perkataan untuk lirik dia pun unik. Pendek kata, dia memang unik.


Atau sekali lagi, mungkin aku ni yang tak ada taste kot dalam bab memilih suara yang sedap.


Hahahaha!



Nawawi Mohshin merupakan seorang...entahlah. Aku pun tak tahu aku ni siapa sebenarnya. Konfius!

Sila picit sini untuk maklumat lanjut.