BLOG POST HEADER

BLOG POST HEADER


1. Aduh, tak berjaya pulak aku nak tulis setiap hari kat blog ni!


2. Setakat ni, aku hanya berjaya shoot, edit dan upload video baru setiap hari dekat YouTube je. Untuk blog, mungkin belum masanya lagi.


3. Misi seterusnya, kalau blog pun aku dah mula rajin post setiap hari, aku ingat nak upload podcast setiap hari pulak dekat Spotify.


4. Untuk blog aku ni, antara sebab aku jadi malas nak tulis post baru berpunca dari — blog post header.


5. Apa tu? Alah, yang gambar tulisan yang aku tepek setiap kali aku post entry baru tu je. Dekat post ni memang dia tak keluar. Aku hanya set dia keluar dekat "Home" je.


6. Benda tu gunanya macam thumbnail dekat YouTube je. Apa benda pulak thumbnail tu Awi oi? Thumbnail tu gambar yang keluar setiap kali kita share apa-apa link dari YouTube ke Facebook atau media sosial yang lain.


7. Kiranya, benda tu sebagai tarikan atau gambaran atau rumusan kepada sesuatu link yang kita share tu.


8. Katakanlah kita share apa-apa link dari internet ke Facebook, tapi link tu hanya ada tulisan je. Tak ada apa-apa gambar pun. Mesti orang tak akan ada rasa nak klik. Kan?


9. Kalau aku sendiri pun, kalau nampak link je tapi tak ada apa-apa description atau gambar, aku akan jadi malas nak klik. Antara lain, aku jadi ragu-ragu. Iyalah, zaman sekarang ni agak mencabar-rudin (baca: mencabar).


10. Manalah tahu kot-kot link tu link spam ke, pishing ke, link hacker ke. Kan? Bahaya, poit!


11. Jadi, dengan adanya thumbnail (atau gambar), ia akan meningkatkan sedikit peratus keboleh percayaan sesuatu link tu.


12. Jadi, untuk setiap blog post aku yang baru, aku kena edit dulu satu gambar untuk post aku. Macam biasa, aku guna Canva je.


13. Tapi leceh sebenarnya (walaupun aku hanya perlu copy and paste je). Dahlah nak copy paste dekat Canva tu melecehkan, nanti nak upload dekat blog aku ni pun melecehkan jugak.


14. Untuk upload gambar dekat blog aku ni, aku terpaksa edit guna HTML code. Ia tak semudah upload gambar macam dekat Instagram atau Facebook tu.


15. Kalau main upload gitu je, nescaya ia tak selari dengan hasil yang aku nak. Mungkin gambar tu akan jadi besar gedabak tetiba atau yang seumpama dengannya.


16. Jadi, nak atau tak nak, aku kena edit HTML code untuk gambar tu dulu. Lepas dah selesai, barulah aku boleh picit butang "Publish" dengan tenang dan damai.


17. Aku ni memang gini. Ada jalan mudah tapi sengaja pilih jalan susah sikit. Ada jalan auto tapi sengaja pilih jalan manual. Semuanya disebabkan aku suka sesuatu yang — custom made.


18. Bukan apa, benda-benda yang aku nak tu, selalunya simple je. Tapi dunia hari ini yang menjadikan sesuatu tu terlalu over. Jadi, aku terpaksalah ubah sendiri untuk kepuasan hati aku selain memenuhi citarasa anak tekak aku ni. Hahaha!


19. Okeylah! Dah lah tu. Gerak lu, pape e-mel. Jumpa lagi di blog post seterusnya. InsyaAllah. Assalamualaikum.



Nawawi Mohshin merupakan seorang...entahlah. Aku pun tak tahu aku ni siapa sebenarnya. Konfius!

Sila picit sini untuk maklumat lanjut.