The Flash

The Flash


Aku tengah layan The Flash musim ke-6 dekat Netflix.


Dah lama aku tak layan The Flash sejak kali terakhir aku tengok musim ke-4 dulu. Cerita The Flash ni main dengan timeline dan itu punca aku jadi pening dan hampir membuatkan otak aku meletup.


Lepas selesai layan musim ke-4 dulu, aku buat keputusan untuk tangguh dulu dari terus layan musim ke-5.


Tapi, dua tiga hari yang lepas, aku rasa bosan sikit. Jadi, aku pun sajalah layan musim-5 siri The Flash tu.


Macam biasa, bila aku dah mula layan satu episod The Flash, aku jadi susah nak berhenti. Tanpa sedar, tahu-tahu je aku dah pun habiskan 22 episod siri The Flash musim ke-5. Hasilnya, tanpa sedar jugak, sekarang, aku dah masuk musim ke-6 pulak.


Tengok siri The Flash ni memang seronok. Tapi yang menjadikan aku tak berapa seronok melayan The Flash dekat Netflix ni cuma satu je — tak ada substitle dalam Bahasa Melayu.


Dahlah The Flash ni suka sembang pasal sains, fizik, matematik dan apa bagai semua tu. Substitle pulak dalam Bahasa Inggeris je. Jadi, memang jadi banganglah aku tengok The Flash ni.


Tapi disebabkan aku tak adalah bersungguh nak fahamkan ilmu fizik apa bagai tu, jadi aku pejam mata jelah apa yang aku tak faham tu.


Menariknya, walaupun aku tak faham apa benda diorang sembang bila masuk bab fizik apa bagai tu, tapi aku tetap faham jalan cerita dia.


Aku tak tahulah kenapa aku suka gila layan The Flash ni. Dulu waktu pertama kali aku tengok dekat TV3, aku terus jatuh cinta dengan siri The Flash ni.


Waktu kecik-kecik dulu, aku ingatkan The Flash ni cerita pasal speedster je. Alah, power dia cuma boleh lari laju je. Apalah sangat superhero macam tu.


Tapi aku silap sebenarnya. Bila dah mula layan dari satu episod ke satu episod, barulah aku tahu macam-macam benda pasal kuasa The Flash ni.


Dari hanya cerita superhero yang boleh lari laju, siri The Flash ni akan bawak kita menjelajah masa pulak.


Walaupun benda ni hanyalah fiksyen sains semata-mata, tapi aku tetap enjoy.


Dengan itu, aku mula bercita-cita ingin menjadi The Flash pada suatu masa nanti.


Semoga dimakbulkan. InsyaAllah. Amin.


Hahaha!



Nawawi Mohshin merupakan seorang...entahlah. Aku pun tak tahu aku ni siapa sebenarnya. Konfius!

Sila picit sini untuk maklumat lanjut.