Kenapa Aku Membosankan?

Kenapa Aku Membosankan?


Benda yang paling aku akan selalu cuba untuk berjaga-jaga adalah; tak campur adukkan urusan kerja dengan urusan peribadi.


Apa yang berlaku di tempat kerja, habis di tempat kerja saja. Apa yang berlaku dalam kehidupan peribadi seharian aku, maka akan habis dalam lingkungan itu juga.


Pendek kata, bak kata orang, "cerita sini, habis sini."


Tapi kadangkala tu, ada jugak aku terlepas cakap dan terlepas bercerita dekat orang lain (yang bukan setempat kerja dengan aku) hal dalam kain yang berlaku di tempat kerja.


Sayangnya, lepas puas bercerita tu, mesti aku akan rasa sedikit menyesal. Mulalah aku akan ulang-ulang kata-kata yang semacam ini, "aduh, kenapa aku pergi cerita dekat dia tadi! Sepatutnya tak payah pun! Aduh!"


Tapi mujurlah rasa menyesal dan serba salah tu tak berpanjangan. Sebabnya, aku ni boleh juga dikatakan sejenis makhluk yang cepat move on. Selalu memilih untuk jalan terus. Tak mahu memberatkan otak dengan benda yang tak terlalu penting.


Aku ni simple. Sangatlah simple. Terlalulah simple. Setiap susah, pasti aku akan cuba untuk cari jalan yang mudah. Setiap yang berat, pasti aku akan cuba untuk ubah ia menjadi ringan.


Memberatkan otak dan fikiran dengan benda yang tak penting hanya akan menjadikan otak dan fikiran aku semakin lemah, lemau dan lembab.


Kerana itulah, aku jarang memilih untuk "buka cerita". Kalau terbuka pun, mungkin sekadar paras "permukaan" saja. Supaya borak-borak antara aku dengan orang yang lain tu nampak sedikit hidup dan berkait antara aku dengan dia.


Ya, kalau nak diikutkan, mahu saja aku "tumpahkan semua teh" yang aku tahu. Tapi, bila aku berfikir panjang-panjang dan berfikir dalam-dalam, aku tak rasa ia akan bawa sebarang manfaat kepada aku dan orang lain pada masa sekarang atau akan datang.


Jadi, aku memilih untuk berperwatakan ala-ala; "semuanya baik-baik saja. Sama saja macam hari-hari biasa. Tak ada apa-apa pun yang nak dicerita."


Tetapi kerana pilihan itu, ramai pula orang yang menganggap aku ini seorang yang sombong, berat mulut dan sangat membosankan.


Tapi, ada aku kisah?


Semestinya — TAK!


Kah! Kah Kah!



Nawawi Mohshin merupakan seorang...entahlah. Aku pun tak tahu aku ni siapa sebenarnya. Konfius!

Sila picit sini untuk maklumat lanjut.