Ruang Sempit

Ruang Sempit


Masih aku;

Dalam ruang sempit

Yang pernah aku jejak dulu

Meskipun aku sudah membuangnya jauh—

Kerana ingin menjadi yang lain.


Kini;

Kembali aku ke sini

Masih mencari

Masih tercari

Masih memerhati—

Masih sama begini.


Entah sampai bila;

Tapi harapku tidak selamanya

Kerana aku tidak akan selamanya

Kekal begini—

Terus di sini.


Aku ingin keluar;

Dari ruang sempit ini

Walaupun aku sedar—

Aku tidak akan sesekali.


— Nawawi Mohshin



Nawawi Mohshin merupakan seorang...entahlah. Aku pun tak tahu aku ni siapa sebenarnya. Konfius!

Sila picit sini untuk maklumat lanjut.