Mengetahui Kisah Elisa Lam Membuatkan Aku Tak Mahu Berhenti Menulis

Mengetahui Kisah Elisa Lam Membuatkan Aku Tak Mahu Berhenti Menulis


Aku baru tengok docuseries Crime Scene dekat Netflix tadi. Docuseries tu ada 4 episod je.


Dia cerita pasal kematian seorang gadis yang baru berusia 21 tahun di sebuah hotel di Amerika Syarikat. Lebih tepat lagi, dekat Stay on Main Hotel (Cecile Hotel), Los Angeles.


Nama gadis tu, Elisa Lam. Keluarga dia berasal dari Hong Kong dan berhijrah ke Kanada. Jadi, dia dan keluarga dia menetap di Kanada.


Kisah Elisa Lam ni bermula apabila dia buat keputusan untuk melancong ke Los Angeles, Amerika Syarikat secara seorang diri.


Dekat Los Angeles tu, dia tidur di sebuah hotel yang dikenali sebagai Stay on Main Hotel. Hotel tu dalam satu bangunan yang sama dengan Cecile Hotel.


Kalau nak diikutkan, Cecile Hotel ni banyak rekod buruk. Macam-macam jenayah pernah berlaku dekat situ. Sebab nama dah buruk dan demi menjaga kepentingan bisnes, pengurusan Cecile Hotel tu bukak satu hotel baru yang dinamakan sebagai — Stay on Main Hotel.


Diorang target, orang yang akan tidur di hotel tu ialah pelancong muda yang nak cari hotel dengan harga bajet.


Setiap hari, ketika di Los Angeles tu, Elisa Lam akan call keluarga dia. Tujuannya  mungkin sekadar untuk maklumkan yang dia gembira dan selamat dekat Los Angeles tu, walaupun hanya travel seorang diri je. Maklumlah, anak dara kot! Mestilah keluarga dia rasa risau untuk lepaskan dia jauh-jauh.


Nak dijadikan cerita, hari terakhir Elisa Lam sepatutnya tidur di hotel tu, dia tak call keluarga dia macam hari-hari sebelum tu.


Jadi, keluarga dia jadi panik dan mula hubungi polis Los Angeles (kalau tak silap aku) untuk maklumkan ada sesuatu yang pelik mungkin berlaku pada Elisa Lam sebab diorang tak dapat call dari Elisa Lam, macam hari-hari sebelum tu.


Tanpa buang masa, polis pun terus bertindak dan bertanya keluarga Elisa Lam kalau-kalau diorang tahu si Elisa Lam tu menginap di hotel mana. Keluarga Elisa Lam pun sebutlah nama hotel tu — Cecile Hotel.


Disebabkan Cecile Hotel antara kawasan yang agak "panas" dekat Los Angeles tu, maka pihak polis pun terus bergegas ke tempat kejadian.


Kemudian, bermulalah episod pencarian Elisa Lam!


Sejujurnya, seronok jugak aku layan docuseries terbitan Netflix yang cerita pasal Elisa Lam ni.


Sebabnya, kes Elisa Lam ni merupakan kes yang besar jugak rupanya pada tahun 2013. Waktu tu, netizen Amerika Syarikat memang bersemangat untuk follow rapat kes kehilangan Elisa Lam tu.


Okey, kita sambung semula pasal kehilangan Elisa Lam ni. Sampai satu tahap, bila pihak polis dah buntu untuk cari sendiri Elisa Lam tu, diorang pun minta jasa baik orang awam untuk cari sama-sama.


Diorang dedahkan satu klip video rakaman CCTV dalam lif Cecile Hotel tu. Dalam klip video tu, ada penampakan Elisa Lam yang kelihatan berperangai "pelik" dan "aneh".


Lepas tu, macam-macamlah andaian, teori dan sebagainya yang mula bermain dalam fikiran netizen yang tengok klip video tu.


Kebanyakan diorang memang bersungguh nak tolong selesaikan kes kehilangan Elisa Lam tu.


Tapi, hari demi hari, usaha pihak polis dan orang awam menemui jalan buntu. Diorang pun dah tak tahu nak cari Elisa Lam ni dekat mana lagi.


Kalau ikut rakaman CCTV terakhir Elisa Lam dalam lif tu, memang dia berperangai pelik sikit. Tapi, kenapa dia tiba-tiba hilang tanpa jejak lepas dia keluar lif? Dia pergi mana?


Kalau nak kata dia keluar dari Cecile Hotel, tak boleh jugak. Sebabnya, rakaman CCTV di pintu masuk hotel tak ada langsung menunjukkan Elisa Lam keluar dari hotel tu! Ah, sudah!


Hari berganti hari. Elisa Lam masih belum berjaya ditemui. Tapi, masuk hari ke 19, ada satu keajaiban yang telah berlaku.


Pada tarikh 19 Februari 2013, salah seorang pekerja Cecile Hotel yang bekerja sebagai orang yang bertanggung jawab uruskan masalah teknikal di hotel tu, telah menemui mayat Elisa Lam dalam tangki air di bumbung bangunan hotel tu.


Menyedihkan, mayat Elisa Lam dilihat terapung dalam keadaan berbogel tanpa seurat benang pun!


Siapa punya kerja? Apa yang terjadi sebenarnya? Kenapa Elisa Lam boleh ditemui mati dalam tangki air? Bukankah tangki air tu berada di bumbung bangunan Cecile Hotel? Macam mana dia boleh pergi ke aras bumbung hotel? Macam mana pekerja tu boleh jumpa mayat Elisa Lam dalam tangki air tu?


Untuk jawab persoalan-persoalan tu, aku cadangkan kau tengoklah sendiri docuseries Crime Scene yang kupas kes kehilangan dan kematian Elisa Lam ni.


Kalau kau jenis macam aku yang tak tahu apa pasal kes Elisa Lam ni, aku jangkakan mungkin kau akan alami rasa yang pelbagai lepas tonton docuseries ni.


Aku sendiri, ketika aku menulis post ni, aku pun tak tahu nak kata apa.


Sedih ada. Sebak ada. Kesian ada. Kecewa ada. Hampa ada. Marah ada. Takut ada. Risau ada. Macam-macam aku tengah rasa sekarang.


Tapi, satu benda yang buat aku menung panjang adalah, Elisa Lam ni suka menulis di blog dia yang guna platform Tumblr.


Blog dia tu masih boleh diakses sampai ke hari ini (walaupun dah lebih tujuh tahun dia meninggal dunia). Kalau tak silap aku, blog dia tu masih dibaca oleh orang ramai sampai ke hari ni.


Dia buat blog dia tu macam diari dia. Macam-macam dia share dan tulis dalam blog dia tu.


Walaupun ketika hidup dia, orang mungkin tak tahu pun kewujudan dia, blog dia atau hasil tulisan dia, tapi lepas dia meninggal dunia, satu dunia singgah baca blog dan hasil tulisan dia. Sesiapa yang baca tulisan random dia dekat blog tu pasti akan tersentuh hati.


Kerana itu, aku rasa macam tak ada point untuk aku malas menulis dekat blog ni atau malas buat video di YouTube.


Mungkin hari ini orang tak tahu dan tak hargai pun tulisan atau video aku. Tapi, mungkin lepas aku mati nanti, ada orang yang mula baca dan layan video aku dan mendapat "sesuatu" dari hasil air tangan dan buah fikiran aku selama aku hidup ni.


Mungkin.



Nawawi Mohshin merupakan seorang...entahlah. Aku pun tak tahu aku ni siapa sebenarnya. Konfius!

Sila picit sini untuk maklumat lanjut.