Kenapa Aku Tukar Logo Kepada Tulisan Khat Yang Nampak Acah-Acah Islamik?

Kenapa Aku Tukar Logo Kepada Tulisan Khat Yang Nampak Acah-Acah Islamik?


Aku memang dah lama nak sorok muka sendiri dari digunakan sebagai DP di setiap akaun media sosial aku.


Pernah beberapa kali aku tukar DP aku dan hanya guna apa-apa simbol atau huruf sebagai menggantikan wajah aku yang sebenar.


Punca aku buat semua benda tu tak lain dan tak bukan disebabkan oleh keyakinan diri yang rendah yang masih menebal dalam diri aku bermula sejak lebih kurang tahun 2013 yang dulu.


Macam-macam benda yang jadi dekat aku bermula tahun 2013. Tapi aku malas nak ambik port sangat dah pasal semua tu. Kalau aku tetiba teringat semula pun, aku dah tak ada rasa apa. Rasa kosong je.


Pemergian Allahyarham abah aku sekitar tahun 2015 pun antara punca aku jadi semakin lemah dan putus harapan untuk teruskan hidup. Waktu tu, aku dan adik aku di Pekan Baru, Riau, Indonesia. Dapat berita kematian abah aku, terus book tiket kapal terbang dan terus fly ke Malaysia.


Sayangnya, sampai-sampai je di tanah perkuburan, arwah abah aku dah pun selamat dikebumikan. Aku tak sempat mandikan dia. Tak sempat kafankan dia. Tak sempat solatkan dia secara berjemaah dengan adik-beradik dan ahli keluarga yang lain. Tak sempat untuk tatap wajah dia untuk kali yang terakhir.


Terkilan? Ya! Sangat terkilan.


Tapi mujur didikan agama yang mak dan abah berikan kepada kami adik-beradik membuatkan aku reda dengan apa yang berlaku. Walaupun terkilan, aku tak salahkan Tuhan atau sebagainya. Aku pasrah. Aku akur. Aku move on.


Kalau nak diikutkan, mungkin bermula tahun 2013 dulu, aku kemurungan sebenarnya. Tapi waktu tu, aku tak tahu apa pasal murung, depression atau yang seumpama dengannya ni.


Tapi sampai sekarang pun, aku sendiri tak pasti waktu tu aku betul-betul murung atau apa sebenarnya. Cuma disebabkan benda tu dah lama dan kini aku rasa macam aku dah okey je, jadi aku pun malas nak fikir sangat benda-benda yang dah lama berlalu dalam hidup aku tu.


Tapi, kesannya mungkin masih dirasai sehingga ke saat aku menulis post ni. Sebenarnya, aku ni sangatlah tak ada keyakinan diri. Berbeza dengan tahun sebelum 2013, aku sangat yakin dengan diri aku sendiri, sentiasa tenang bila ke depan, tak ada sebarang masalah untuk bergaul dengan orang lain dan sebagainya.


Tapi sekarang ni...hmmmh. Aku pun tak tahu macam mana nak explain benda yang aku rasa dan alami sekarang ni.


Tapi...(Banyaknya tapi. Haha!) Aku bukanlah jenis yang suka menunjuk atau mintak simpati sangat atas apa yang sedang aku rasa dan alami ni. Aku pandai berlakon bila masuk bab cover apa yang terpendam atau terbuku dalam hati. Hahaha!


Hasilnya, orang nampak aku ni happy (Aku harap korang dan diorang nampaklah yang aku ni macam sedang happy. Haha!), relax, tenang, normal dan mungkin jugak terlihat macam tak ada apa-apa masalah langsung. Tapi pada hakikatnya, hanya Allah yang tahu.


Berbalik semula ke benda asal yang kita nak sembang di awal post ni tadi — disebabkan aku memang tak nak guna muka aku sendiri dah sebagai DP aku, maka aku upahlah orang untuk buatkan khat nama aku sendiri.


Walaupun boleh je kalau aku nak guna logo "N" yang lama tu, tapi font (atau logo) tu sebenarnya dibuat tanpa fikir panjang. Waktu tu, aku guna benda tu disebabkan — asal sedap mata aku pandang dan mudah untuk aku aplikasikan penggunaannya di mana-mana (digital atau bercetak).


Aku memang dah lama nak buat khat untuk nama aku sendiri. Cuma baru-baru ni je aku terjumpa ada orang yang boleh buatkan. Aku cuma tambah sendiri dua garisan berbentuk bulat je di luar tulisan tu.


Walaupun nampak macam Islamik, tapi itu bukanlah menggambarkan diri aku yang sebenar. Sebab aku ni bukanlah berjiwa Islamik pun. Hahaha!


Khat tu aku anggap macam satu seni je. Tulisan aku buruk gila. Jadi, bila dapat orang yang pandai buat khat macam tu (yang pada aku dah dikira cantik dan style gila), maka aku gunakanlah ia sebagai simbol rasmi yang baru buat seorang makhluk yang bernama — Nawawi Mohshin.


Jangan risau. Aku masih aku, tetap aku dan selamanya akan menjadi aku.


Tak ada dalam plan aku pun untuk buat apa-apa content berunsur Islamik selepas aku tukar ke DP yang baru ni.


Content yang berunsur Islamik, biarlah yang benar-benar ahlinya je yang buat. Lagipun, aku tak teringin nak jadi ustaz atau digelar ustaz.


Aku lebih suka orang panggil dan kenal aku sebagai Nawawi Mohshin atau Awi je.


Hanya dengan cara itu, aku akan lebih bebas untuk berkarya dan berkreativiti termasuklah; menulis, buat video atau apa saja.


Sekali lagi, jangan risau. Aku masih lagi Nawawi Mohshin yang dulu ya? Haha!


Salam perkenalan (kalau baru kenal).


Assalamualaikum.


Wof!



Nawawi Mohshin merupakan seorang...entahlah. Aku pun tak tahu aku ni siapa sebenarnya. Konfius!

Sila picit sini untuk maklumat lanjut.