Tengah Tulis Buku

Tengah Tulis Buku


Aku tengah tulis buku.


Judul dia — "Ada Apa Di Atas Langit".


Sepatutnya buku ni dah boleh siap lama. Tapi aku malas nak sambung tulis.


Tadi aku fikir-fikir balik, rugi pulak kalau aku tak tulis buku yang ada judul power macam ni.


Jadi, aku pun mula tulis semula dari kosong.


Aku target nak tulis 100 muka surat je untuk buku ni. Murahlah sikit kos untuk cetak buku ni nanti.


Setiap muka surat, aku akan tulis satu catatan je. Kalau terlebih, terpaksalah aku potong-potongkan atau gabung-gabungkan mana yang patut.


Sejujurnya, aku pun tak tahu buku ni pasal apa. Sebabnya, yang aku tahu hanyalah — aku nak siapkan buku ni secepat mungkin. Itu je.


Lepas tu, bolehlah aku tulis buku lain pulak.


Wof!



Nawawi Mohshin merupakan seorang...entahlah. Aku pun tak tahu aku ni siapa sebenarnya. Konfius!

Sila picit sini untuk maklumat lanjut.