Penat Woi!

Penat Woi!


Penat woi!


Bila aku fikir-fikir balik, rasa macam buang masa je apa yang aku tengah buat sekarang ni.


Padahal bendanya sama je dengan benda yang aku dah pernah buat dulu-dulu.


  • Nak terbitkan buku
  • Nak aktif buat video
  • Nak rajin menulis dekat blog


Tapi bila aku buat je, mesti ada halangan yang bertimpa-timpa.


Lepas satu, satu. Halangan utama paling aku tak suka adalah — rasa nak give up!


Penat woi!


Kau buat sesuatu dengan penuh dedikasi. Kau korbankan duit atau mungkin juga masa tidur kau. Kau buat itu. Kau buat ini.


Tapi hasilnya? Yilekkkk! Kosong. Macam tak ada apa pun! Macam ibarat kau tak buat apa-apa pun.


Penat woi!


Sebagai contoh, aku buat video dekat YouTube. Aku shoot dalam keadaan panas. Dah macam duduk dalam microwave pun ada jugak.


Lepas tu aku edit footage video tu guna phone. Dah lah phone ni kecik je. Mujurlah dia kecik. Bolehlah jugak aku buat kerja sambil berbaring atas katil.


Tapi, nak edit dekat phone ni, kau faham-faham je lah. Guna android yang tak updated pulak. Memang slow macam siput babi lah jawabnya.


Lepas semua benda dah siap, kena tulis pulak description untuk post apa bagai. Fikir tajuk video pun dah penat. Inikan pulak nak tulis description yang ada kena mengena dengan keyword yang sesuai.


Penat woi!


Lepas aku upload dekat YouTube. Aku upload pulak dekat akaun media sosial yang lain.


Internet? Memang lembab! Tapi aku kena bertabah. Sebab aku yang pilih untuk buat semua benda ni.


Lepas dah selesai upload, beberapa jam lepas tu, aku pun tunggulah views datang dari seluruh pelosok dunia. Maksud aku — Malaysia je lah. Celah mananya views nak datang dari negara lain kalau video pun dalam bahasa Melayu je.


Aku tunggu. Tunggu lagi. Tunggu lagi dan lagi.


Tapi...views ciput je. Orang tak nak tengok pun video aku. Mungkin sebab video aku membosankan. Atau mungkin sebab aku tak handsome. Atau mungkin sebab topik video aku tu entah apa-apa. Atau mungkin jugak orang memang tak nak tengok muka aku dah. Sebab dah menyampah. Mungkin. Hahaha!


Fuh, penat woi!


Tapi...berbaloi ke penat ni?


Sebenarnya berbaloi. Cumanya, mungkin bukan sekarang masanya untuk aku naik dan terbang tinggi. Mungkin aku kena tunggu sikit masa lagi.


Yang penting, aku tak boleh give up kat tengah jalan ni. Kena sabau. Sabau. Sabau dan sabau.


Terus buat video baru. Terus tulis dekat blog ni. Terus siapkan penulisan buku aku. Terus tambah level dekat game aku yang aku publish dekat Google Play tu.


Terus. Terus. Terus dan terus!


Tengok! Sekarang penat aku ni terus hilang. Sebab aku dah tulis panjang-panjang ni.


Jadi, kalau penat. Berehatlah sekejap. Buat benda yang tak memenatkan dulu. Lepas tu baru sambung buat benda yang memenatkan.


So, kau penat ke woi?


Berehatlah sekejap wahai sahabatku. Berehatlah sekejap.


InsyaAllah. Pasti ada cahaya di hujung jalan yang penat dan memenatkan ini.


Fuh!



Nawawi Mohshin merupakan seorang...entahlah. Aku pun tak tahu aku ni siapa sebenarnya. Konfius!

Sila picit sini untuk maklumat lanjut.