Kenapa Aku Suka Tukar-Tukar Bio?

Kenapa Aku Suka Tukar-Tukar Bio?


Hai!


Buat apa tu? Kau tak ada kerja lain ke selain nak baca blog aku ni?


Hahaha!


Terima kasih sebab sudi singgah ke blog yang tak pernah siap ni.


Dah lah tak pernah siap, lepas tu boring pulak segala macam yang aku tulis dekat dalam blog ni. Kan? Huhu.


Tapi kannn! Sejak aku tukar format penulisan aku dalam blog aku ni, aku jadi lebih tenang nak menulis.


Tak rasa terpaksa pun.


Kalau sebelum-sebelum ni rasa malas je sebab aku nak kena edit gambau post header apa bagai, tapi sekarang aku petik je mana-mana ayat dalam tulisan/catatan aku dan boom! Jadilah dia sebagai post header.


Tapi, ya! Cara yang aku tengah buat ni sebenarnya:


  • Memudahkan — untuk aku!
  • Membosankan — bagi kau!


Tapi apa ada hal?


Aku bukannya nak jadi blogger yang profesional ke apa ke. Aku cuma nak menulis je.


Kerana bagi aku:


"Dengan menulis, hati akan menjadi lebih tenang."


Kau tahu tak dekat mana aku rembat ayat ni?


Sebenarnya, ini ayat yang aku gunakan sebagai memperkenalkan diri aku waktu dulu-dulu. Waktu tu aku teringin gila nak jadi penulis.


Jadi, ayat kat atas tu aku guna untuk letakkan dekat bio aku. Tapi, aku ni jenis cepat bosan. Bila dah bosan, aku tukar bio lain pulak.


Entah dah berapa banyak kali aku tukar bio aku. Tapi perangai aku, sekali aku nak tukar bio, aku akan tukar terus dekat semua akaun media sosial aku yang lain jugak.


Kenapa? Entahlah...aku pun tak tahu!



Nawawi Mohshin merupakan seorang...entahlah. Aku pun tak tahu aku ni siapa sebenarnya. Konfius!

Sila picit sini untuk maklumat lanjut.