Kenapa Aku TAK SOKONG Kempen #PauseMalaysia?

Kenapa Aku TAK SOKONG Kempen #PauseMalaysia?


Oleh: Nawawi Mohshin


10 OKTOBER 2020 — Agak lewat jugak aku nak menyembang pasal #PauseMalaysia ni.


Tapi takpalah. Lagipun aku dah lama tak post apa-apa dekat blog aku ni. Dah sebulan tak post. Hampir bersawang jadinya.


Baik, kalau korang belum tahu, baru-baru ni, Parti MUDA ada lancarkan satu kempen yang diberi nama sebagai — #PauseMalaysia.


Kempen #PauseMalaysia ni mendesak tiga perkara iaitu:


  1. Tempoh Berdamai antara semua parti politik kerana situasi kini amatlah mendesak rakyat. Rakyat sedang menderita. Janganlah ada lagi perebutan kuasa dari mana-mana parti politik dalam tempoh ini.
  2. Tidak ada PRU selagi ancaman COVID-19 masih berleluasa di Malaysia.
  3. Pihak Kerajaan, Pembangkang dan Bebas duduk semeja, wujudkan satu kerjasama melebihi kepartian dalam meletakkan kebajikan rakyat sebagai keutamaan No.1.


Ini logo untuk kempen #PauseMalaysia tu:


Sumber: Twitter @partimuda


Ini pulak gambar untuk tiga desakan kempen #PauseMalaysia tu:


Sumber: Twitter @partimuda


Sejujurnya, aku tak tahu nak ulas apa pasal kempen ni. Hahaha.


Pada mulanya, aku rasa ada bagusnya kempen ni dilancarkan. Sekurang-kurangnya, adalah jugak satu detik dalam sejarah politik Malaysia, di mana kita ketepikan segala macam politik kepartian yang kotor dan jijik seperti yang kita dapat lihat sekarang ni.


Lagipun, ketika ni, kes positif Covid-19 di Malaysia agak membimbangkan. Jadi, kita sebagai rakyat Malaysia (terutamanya ahli politik), memang bagus sangatlah kalau berhenti sekejap dari terus bercakaran sesama sendiri.


Ada baiknya kalau kita semua berehat sebentar bersama KitKat serta duduk semeja (dalam keadaan mematuhi SOP) dan berbincang dengan matang bagaimana cara yang efektif untuk membantu frontliners dalam usaha menangani wabak Covid-19 yang sedang menggila sekarang ni.


Tapi sayangnya, usaha kempen #PauseMalaysia ni seakan tak mendapat sambutan daripada pemain politik negara tidak kiralah sama ada dari parti kerajaan mahupun parti pembangkang.


Maklumlah...MUDA ni siapa je? Ahli parlimen dia pun sorang je. Lagi pulak, penubuhan parti ni belum diluluskan secara rasmi oleh ROS. Buat masa ni, MUDA ni boleh dianggap sebagai sebuah gerakan je. Gerakan yang belum sah tapi nyawanya sudah hidup dan dikenali umum.


Berbalik pada kempen #PauseMalaysia, macam aku kata tadi, pada mulanya, aku sokong kempen #PauseMalaysia ni.


Tapi bila difikirkan semula, lepas lihat seorang demi seorang ahli politik Malaysia yang kian terserlah ke-baghal-annya, aku mula berbelah bahagi.


50/50. Tak tahu nak sokong atau tak kempen #PauseMalaysia ni.


Aku baru je nak menikmati hari-hari indah melihat bagaimana parti start-up ni mula menapak dan melangkah maju dalam arena politik Malaysia. Tapi, tiba-tiba pulak ada satu benda yang kurang best yang cuba diorang anjurkan.


Entahlah. Aku pun tak tahu nak ulas apa pasal benda ni.


Kalau korang sokong, sokonglah dengan fakta dan bijaksana. Kalau korang tak sokong pulak, itu korang punya pasal lah. Aku peduli apa? Hahahaha.


Tapi aku rasa, tak payah lah nak pause apa bagai ni. Tukar je lah terus kerajaan lain. Boring lah kerajaan sekarang ni.


Sesekali, nak jugak merasa Anwar Ibrahim jadi PM. Kesian dia. Dari dulu asyik jadi PM tepi je. Hmmmh.


Jadi, kalau kau macam mana? Nak #PauseMalaysia? Atau...


  • #MuhyiddinOut
  • #AnwarIn


Kalau aku...


  • #LantakKauLah
  • #RakyatTetapHidupSusah


Nawawi Mohshin merupakan seorang content creator yang tidak famous di internet. Blog ini pula merupakan platform utama untuk beliau terbitkan idea, pendapat, pemikiran, persoalan, perkongsian atau apa saja yang terlintas di kepala otak beliau.