Biar Tak Ada Air, Jangan Tak Ada Suami!

Biar Tak Ada Air, Jangan Tak Ada Suami!


20 OKTOBER 2020 — Entah kenapa aku tengok ada orang share semula dekat Facebook berita Sinar Harian pasal wanita bujang ni.


Ni berita tu:


Seram seyhhh!


Ni berita lama sebenarnya. Berita bulan Mac 2020. Menurut berita tu pun, bancian tu dibuat pada sekitar tahun 2010.


Tak tahulah apa perkembangan terkini. Tak tahulah semakin menaik jumlah bujang tua dekat negara ni atau sebaliknya.


Ni aku share semula dekat sini:


Lebih 1 juta wanita Selangor 30 tahun ke atas masih bujang


PERUBAHAN sosial, tekanan pekerjaan dan ekonomi yang stabil untuk hidup bersendiri menyebabkan trend kahwin lewat terutamanya di bandar-bandar besar Malaysia semakin meruncing.


Trend bujang senja ibu kota paling menakutkan apabila berdasarkan rekod bancian tahun 2010, Selangor, Johor, Kuala Lumpur dan Pulau Pinang mempunyai bilangan atau peratusan lelaki dan wanita berusia 30 tahun ke atas belum berkahwin paling tinggi.


Lebih mengejutkan berdasarkan kajian Peratusan dan Bilangan Individu Bujang (dalam kalangan 30 tahun ke atas), Selangor merekodkan jumlah tertinggi wanita bujang apabila angkanya melebih 1,014,327 orang orang. Ia diikuti wanita bujang di Johor seramai 636,537 orang.


Bagaimanapun dari segi peratusan jumlah penduduk, wanita bujang 30 tahun ke atas lebih tinggi di Kuala Lumpur dan Pulau Pinang apabila masing-masing merekodkan 14.81 peratus dan 12.60 peratus.


Bagi kategori lelaki pula, kaum Adam di Selangor turut mencatatkan jumlah bujang 30 tahun ke atas paling ramai mencecah 148,803 orang diikuti Johor 104,416 orang.


Bagaimanapun dari segi peratusan pula, ia tetap didominasi lelaki kota apabila 18.78 peratus lelaki Kuala Lumpur dan 16.80 peratus lelaki Pulau Pinang belum berumah tangga.


— Sinar Harian, 1 Mac 2020.


Aku malas nak panjang-panjang cerita sebenarnya. Tapi kalau kau seorang:


  • Gadis single
  • Wanita bujang tua
  • Anak dara tua (andartu)
  • Atau mungkin janda


Mungkin kau boleh pertimbangkan untuk download dan baca ebook "Hi Hensem!" karya Dr. HM Tuah Iskandar Al-Haj ni:


Ebook "Hi Hensem!" karya Dr. HM Tuah Iskandar Al-Haj ni ada 127 muka surat dan diterbitkan oleh Klikjer Publishing, perintis rumah penerbitan ebook nombor #1 di Malaysia.


Aku sendiri dah beli ebook "Hi Hensem!" ni. Saja je aku beli suka-suka.


Sebagai seorang lelaki, aku membenarkan, mengiyakan dan mengiktiraf segala ilmu memikat lelaki idaman yang ditulis dalam ebook "Hi Hensem!" ni. Hahaha.


Tapi jangan risau, ilmu dalam ebook ni hanya ajar pembaca "bermain" dengan psikologi je. Bukan ajar guna benda bukan-bukan macam ilmu pengasih atau lain-lain benda yang khurafat. So, don't worry!


Anyway, kepada gadis single dari Selangor yang sedang baca blog post aku ni, sajalah aku nak tanya — sekarang dekat sana tak ada air kan? Kesian!


Tapi tak apa. Jangan risau. Benda kecik je tu.


Sebab...


Biar tak ada air, jangan tak ada suami!


Ops!


Nawawi Mohshin merupakan seorang content creator yang tidak famous di internet. Blog ini pula merupakan platform utama untuk beliau terbitkan idea, pendapat, pemikiran, persoalan, perkongsian atau apa saja yang terlintas di kepala otak beliau.