Apa Yang Lebih Penting Dari Solat?

Apa Yang Lebih Penting Dari Solat?


9 SEPTEMBER 2020 — Malam ni aku ke masjid tempat aku.


Masjid tu terletak di kampung sebelah. Masjid tu agak tercorok di dalam kawasan kampung sebelah tu.


Melalui jalan utama, tak akan ada sesiapa orang luar yang tahu tentang kewujudan masjid tu. Menurut cakap-cakap orang lama yang tinggal di kampung tu, masjid tu asalnya berada betul-betul di sebelah jalan utama yang lama.


Disebabkan peredaran masa yang terlalu pantas, semakin banyak rumah didirikan di kawasan yang sedia ada sekarang ni. Lama-kelamaan, jalan utama kampung tu pun berubah dari jalan belakang, seterusnya berpindah ke jalan depan (yang sedia ada sekarang).


Akibatnya, masjid tersebut kelihatan terpencil jauh ke dalam berbanding suatu ketika dahulu.


Aku pergi masjid tu sebab ada kuliah bulanan yang disampaikan oleh Ustaz Manas. Ustaz Manas ni orang-orang besar dalam hierarki Jabatan Agama Islam Negeri Sembilan.


09/09/2020 — Ustaz Manas sudah sedia memulakan sesi kuliah bulanannya di atas kerusi yang empuk kusyennya hasil wakaf seorang hamba Allah yang baik hati.


Ustaz Manas ni agak kelakar orangnya ketika menyampaikan kuliah. Tapi bukanlah selama tempoh dia sampaikan kuliah tu, kerjanya buat lawak je. Maksud aku, kalau dia buat lawak, insyaAllah sampai. Tak adalah sendu je macam aku ni.


Kuliah Ustaz Manas menyentuh perihal topik "kesempurnaan dalam solat". Sejujurnya, banyak benda yang aku dapat setiap kali aku dengar kuliah Ustaz Manas ni.


Walaupun kadangkala ada masanya Ustaz Manas ni bebelkan benda yang sama je, tapi aku okey je. Sebabnya, aku ni jenis pelupa. Dengar kuliah pulak, main dengar gitu je. Tak tulis dan tak catat apa-apa. Makanya, akan ada banyak benda yang aku akan lupa berbanding aku akan ingat.


Untuk kuliah tadi, Ustaz Manas kupas pasal wuduk. Antara pesanan Ustaz Manas tadi, yang berbekas di benak fikiran aku adalah:


"Kalau kita tak ambil wuduk dengan sempurna, maka wuduk kita dikira sebagai tidak sah. Jika wuduk kita tidak sah pula, maka sia-sia saja tuan-tuan solat tunggang tonggek hari-hari."


Selain tu, seingat aku, Ustaz Manas pun ada pesan jugak pasal thaharah (الطَّهَارَة) atau dalam Bahasa Melayu, mungkin sesuai kalau kita terjemahkan sebagai "bersuci":


"Sebelum wuduk pula, kita kena thaharah atau bersuci. Benda ni penting. Kalau kita tidak sempurna dalam thaharah, kita juga tidak akan sempurna dalam wuduk. Akhirnya, solat juga menjadi tidak sempurna."


Lebih kurang macam tu lah pesan Ustaz Manas tadi.


Jemaah-jemaah yang ada dalam masjid tadi, semuanya mengangguk-angguk faham sebagai tanda otak masih berfungsi dan berjaya hadam dengan kemas terhadap pesanan Ustaz Manas tu.


09/09/2020 — Kehadiran jemaah lebih kurang 20 orang je kot rasanya. Ini antara jemaah lelaki yang hadir ketika kuliah tadi. Ketiga-tiga mereka sudah bersara dan sangat rajin ke masjid. Mana jemaah lelaki yang #muda? Ehem!


09/09/2020 — Fuh, mujur ada jugak wakil jemaah #muda. Huhu. Oh, ya! Kalau kau perasan, belakang aku tu ada adik pakai baju warna kuning sedang baring kepenatan. Dia tiga beradik datang. Kesian. Belajar sampai petang. Malam pulak, ikut ayah dengar kuliah dekat masjid. Respect!


Sejujurnya, aku ni, walaupun umur dah nak masuk 30 tahun, aku masih culas, lalai dan malas dalam bab solat ni.


Itu antara punca kenapa aku rasa aku belum bersedia untuk kahwin. Diri sendiri punya tanggung jawab pun masih terkontang-kanting lagi. Jadi, atas rekod apa untuk aku katakan aku dah bersedia untuk menanggung satu beban yang lebih berat (anak dan isteri lah tu maksud aku) dan semestinya akan dipertanggung jawabkan sehingga aku mati nanti?


Kesedaran yang telah dijentik oleh Tuhan kepada aku berkaitan bab solat ni, telah membuatkan aku betul-betul bersungguh untuk belajar bab solat secara sedikit demi sedikit.


Selain bertanya terus dengan orang yang lebih arif, ada jugak beberapa buah buku yang aku jadikan rujukan dan panduan untuk belajar menyempurnakan solat aku.


Sampaikan, orang jual ebook pasal solat pun aku beli jugak. Ini ebook yang aku pernah beli tu:


09/09/2020 — Ebook "Rahsia Solat" karya Ustaz Hasnan Kasan. Pernah baca? Tak pernah? Kalau tak pernah baca, silakan picit sini untuk download dan baca.


Ebook "Rahsia Solat" ni bagus. Sebabnya, dia simple dan tak ada bunga-bunga sangat. Selain tu, ada video jugak turut disediakan.


Jadi, berbanding dengan sekadar tengok gambar je, menonton video ceramah yang disampaikan oleh Ustaz Hasnan membuatkan aku lebih faham dan dapat follow dengan lebih rapat.


Kalau kau rasa sudah masanya untuk kau mula belajar semula cara solat dengan lebih sempurna berbanding sebelum ni (dan dengan izin Allah — khusyuk), aku rekomen kau download dan baca ebook "Rahsia Solat" ni. Picit sini untuk download dan baca!


Okeylah! Itu je yang aku nak sembang untuk blog post kali ni. Terima kasih sebab sudi payung satu view. Aku gerak dulu.


Tapi sebelum aku chow, aku nak jawab persoalan bagi tajuk blog post ni iaitu — "Apa Yang Lebih Penting Dari Solat?"


Hmmmh. Jawapan aku mudah:


"Jawapannya mungkin ada dalam ebook Rahsia Solat yang aku share dekat atas tu."


Nawawi Mohshin merupakan seorang content creator yang tidak famous di internet. Blog ini pula merupakan platform utama untuk beliau terbitkan idea, pendapat, pemikiran, persoalan, perkongsian atau apa saja yang terlintas di kepala otak beliau.