Projek Dokumentasi Hidup

Projek Dokumentasi Hidup


17 OGOS 2020 — Aku tak suka bergambar. Aku tak suka menulis. Aku tak suka rekod muka aku dalam video.


Sebabnya, satu hari nanti, bila aku tengok semula gambar aku tu, bila aku baca semula apa yang aku tulis tu, bila aku tonton semula video yang ada muka aku tu, aku mesti akan cakap:


"Itu ke kau yang dulu? Buat malu je. Haha."


Kalau pun ada gambar/tulisan/video aku dekat mana-mana laman media sosial, percayalah semua tu dibuat kerana "paksa rela".


Maksudnya; aku terpaksa merelakan semua tu atas sebab-sebab tertentu.


Ada jugak kadang-kadang tu, aku padam je mana yang aku rasa macam "bodo" atau menyampah tengok diri sendiri yang dulu tu. Haha.


Tapi, baru tadi aku belek-belek semula gambar aku dalam galeri phone aku ni — alahai, sikitnya gambar aku!


Macam aku tak ada sejarah pun ya jugak. Macam seolah-olah aku tak wujud sebelum ni.


Segala perjalanan hidup yang aku lalui sebelum-sebelum ni, hanya kekal dalam memori ingatan aku je dan tak ada bukti nyata yang aku boleh kongsikan kepada anak cucu aku satu hari nanti (itu pun kalau aku panjang umur dan rasa nak menikah lah).


Jadi, aku rasa, ada baiknya kalau aku mula dokumentasikan perkara-perkara yang best dan power yang aku lalui dalam hidup aku.


30/06/2020 — Pertama kali jejakkan kaki dekat pantai Port Dickson selepas beberapa bulan terperuk dekat rumah sebab satu Malaysia dikuat kuasakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).


Walaupun mungkin pada orang lain kisah hidup aku agak membosankan, tapi sekurang-kurangnya aku boleh ubati rasa rindu terhadap masa lalu yang telah pergi dan boleh jadikan pedoman/panduan pada masa akan datang pula.


Mungkin blog ni dan channel YouTube aku akan menjadi alat untuk aku mulakan pendokumentasian ni.


Tapi, entahlah. Sebenarnya tak mudah jugak kalau nak buat benda ni.


Tapi, takpa. Aku cuba try tengok dulu boleh pergi jauh mana.


Kalau rasa macam best je nanti, maka aku akan teruskan sepanjang hayat aku.


Tapi kalau rasa macam boring je, so memang sekerat jalan je lah aku buat.


Cumanya, aku bukanlah nak dokumentasikan 100 peratus perjalanan hidup aku.


Mungkin apa yang aku bakal kongsikan tu berkait dengan sekeliling aku juga.


Entahlah. Aku pun tak tahu apa yang aku nak buat sebenarnya. Haha.


Tapi yang penting, aku nak cuba aktif setiap hari di:


  1. Blog
  2. YouTube


Bismillah.


Aku mulakan aku punya "Projek Dokumentasi Hidup".


Dengan izin Allah, semoga segalanya dipermudahkan.


Oh, ya!


Sebelum terlupa. Nama aku Nawawi Mohshin dan ini blog aku.

Salam kenal.


Assalamualaikum warahmatullah wabarakatuh.


Nawawi Mohshin merupakan seorang content creator yang tidak famous di internet. Blog ini pula merupakan platform utama untuk beliau terbitkan idea, pendapat, pemikiran, persoalan, perkongsian atau apa saja yang terlintas di kepala otak beliau.