Dikurniai Karamah Selepas Pulang Dari Masjid Sri Sendayan

Dikurniai Karamah Selepas Pulang Dari Masjid Sri Sendayan


Oleh: Nawawi Mohshin


23 OGOS 2020 — Aku tak tidur malam sebelum tu sebab menyembang dengan Along aku.


Macam-macam benda jugaklah yang kitorang sembangkan; dari sekecil-kecil benda sampailah ke isu agama — lepas tu masuk pulak topik politik tanahair.


Aku ni jenis tak banyak cakap pun. Tapi aku jenis suka dengar orang bercakap. Suka dengar orang menyembang.


Pada aku, banyak benda yang aku boleh dapat dan belajar dengan cara mendengar apa yang orang lain sembangkan.


Kalau ada ilmu yang baik dan dirasakan berguna untuk masa sekarang dan masa depan aku, aku akan simpan ketat-ketat dalam kotak memori aku.


Mana yang macam kurang bagi impak dekat aku, aku hanya akan dengar dan layan sekali lalu je ibarat:


"Masuk telinga kiri, keluar telinga kanan."


Gitu!


Adik-beradik aku ada 8 orang. Yang tinggal dekat rumah dengan mak aku, cuma aku dan adik bongsu aku je. Yang lain semua dah merantau ke seluruh penjuru alam.


Selalunya, diorang akan balik rumah mak aku lebih kurang sekali setiap bulan.


Dua hari lepas, Along aku balik. Sebab jarang jumpa punya pasal, maka berjelalah jugak dia punya sembang.


Sembang punya sembang, dah nak dekat subuh rupanya. Tapi lepas tu, baru aku teringat yang aku belum solat isyak lagi.


Kelam kabut aku terus solat sebab ada beberapa minit je lagi sebelum masuk waktu solat subuh.


Lepas subuh, mata aku dah mula barai gila. Maklumlah, tak tidur semalaman. Kalau tak silap aku, dah lama jugak rasanya aku tak tidur semalaman ni.


Tapi sayangnya, belum sempat aku nak lelapkan mata aku di atas singgahsana yang empuk, tetiba pulak Along aku ajak keluar sarapan. Aduh!


Namun apakan daya, aku pun rasa lapar jugak pagi tu. Jadi, aku on-kan aja!


Tak lama lepas tu, kitorang pun keluarlah mencari sarapan pagi. Kitorang keluar naik 2 buah kereta:


  1. Kereta 1 — Along aku bawak dan dinaiki oleh Kaklong (isteri Along aku), mak aku dan Afrah (anak ketiga Along aku).
  2. Kereta 2 — Aku bawak dan dinaiki oleh adik aku, Atiqah (anak sulung Along aku) dan Emru (anak kedua Along aku).


Perjalanan yang mengambil masa lebih kurang 20 minit tu membawa kitorang menuju ke kawasan berhampiran City Park, Seremban 2.


Niat awalnya, kitorang nak pergi sarapan dekat satu kedai Kelantan ni. Tapi tutup pulak.


Depan sikit dari kedai makan tu, ada satu kedai lain. Tak pernah pergi pun. Tapi sayangnya, ramai sangat orang dekat kedai tu. Nampak serabut. Jadi, kitorang tak jadi pergi situ.


Selepas bermesyuarat, kitorang pilih untuk bersarapan dekat kedai makan Mee Jawa Mak Siti.


Itu pertama kali aku makan dekat kedai tu. Cuma Along, mak aku dan adik aku je yang pernah makan dekat situ.


Antara menu pilihan kitorang adalah:


  • Nasi lemak (sambal dia tak sedap).
  • Mi sup ayam (sedap).
  • Mi Jawa daging (sedap dan padu!).


Aku tak pandai dan tak minat nak review makanan. Jadi, kesimpulan mudahnya; Mee Jawa Mak Siti, City Park Seremban 2 — just nice and recommended!


23/08/2020 — Dari kiri, aku, Emru, Afrah, Kaklong dan Along dah tak sabar nak penuhkan perut kitorang yang sedang kosong tetapi tidaklah pula mencapai tahap kebuluran.


Lepas makan, kitorang ingat nak berjalan sikit dekat taman riadah City Park depan kedai tu. Tapi baru aku tahu, City Park tu tutup selagi mana PKP masih dilaksanakan. Hmmmh.


Disebabkan tu, kitorang pun pergilah ke Masjid Sri Sendayan. Family Along aku belum pernah sampai sana lagi. Jadi, kitorang pun pergilah ke Masjid Sri Sendayan pulak.


Sampai je dekat Masjid Sri Sendayan tu, kitorang terus turun untuk bergambar kenangan.


Syukur sangat, mujur waktu kitorang pergi tu, tak ramai orang. Hanya ada dua tiga family je waktu tu yang tengah leka bergambar sambil mengkagumi keindahan binaan Masjid Sri Sendayan tu.


Aku pulak, sempat jugak memotretkan mak aku, adik aku, Atiqah dan pokok bunga apa entah.


Sejujurnya, aku tak pandai ambik gambar pun. Jauh sekali bab edit apa bagai ni. Hahaha.


Tapi, ini antara hasil yang aku dapat semalam:


23/08/2020 — Mak aku terpaksa melayankan kehendak anaknya yang menyuruhnya untuk menjadi model buat seketika.

23/08/2020 — Adik aku sedang berusaha keras menyembunyikan perut buncit kesayangannya. Juga kelihatan kelibat dalam foto ini ialah, Afrah (berbaju merah).

23/08/2020 — Muka Atiqah memang nampak sedih, nampak sopan dan mendengar kata dalam gambar ni. Tapi hakikatnya, hanya Tuhan yang tahu!

23/08/2020 — Entahlah. Aku tak tahu ni bunga apa. Rasanya bukan bunga orkid. Mungkin bunga melur kot. Entahlah. Ya, kot. Huhu.


Selesai melawat Masjid Sri Sendayan tu, kitorang pun terus balik ke rumah.


Kalau tak silap aku, kitorang sampai rumah dalam pukul 11.45 pagi macam tu lah. Tapi, disebabkan mata aku dah barai gila, aku terus "pengsan" sampai pukul 4.00 petang!


Lebih teruk lagi, dari mula sampai rumah tu, aku tidur dalam kereta je sebenarnya. Walaupun cuaca panas, tapi disebabkan barai punya pasal, aku tak rasa pun panas tu.


Mungkin itulah karamah aku — tidur sehingga tak ingat apa-apa dah pasal dunia.


Allah!


Nawawi Mohshin merupakan seorang content creator yang tidak famous di internet. Blog ini pula merupakan platform utama untuk beliau terbitkan idea, pendapat, pemikiran, persoalan, perkongsian atau apa saja yang terlintas di kepala otak beliau.