Dikecam Sebab Graffiti Berunsur Black Metal

Dikecam Sebab Graffiti Berunsur Black Metal


Oleh: Nawawi Mohshin


19 OGOS 2020 — Semalam, aku pergi Mr. DIY dekat Senawang.


Tujuan aku adalah satu; beli spray paint warna hitam mati (flat black).


Aku beli spray paint tu memang sebab saja suka-suka nak main spray je. Haha.


Aku nak cat pintu bilik aku sebenarnya. Ya, padahal boleh je guna cat minyak tong dan tepek cat tu guna berus cat.


Tapi disebabkan aku memang nak main spray, so aku belilah spray paint tu.


Aku beli 8 botol spray paint tu. Selain tu, aku beli jugak thinner dan scrapper.


Tadi petang, aku mulakan misi cat pintu bilik aku guna spray paint. Selain pintu bilik aku, aku pun nak cat pintu bilik adik aku jugak.


Sebelum aku mula cat pintu bilik dia, aku buat graffiti dulu dekat pintu bilik dia tu. Aku tulis nama dia — "ALISH".


19/08/2020 — Kelihatan kelibat aku sedang tekun menghasilkan "seni graffiti tak jadi" di pintu bilik adik aku.


Lepas tu, aku suruh dia ambik gambar pintu bilik dia tu dan send dekat WhatsApp family.


Kau tahu? Habis adik aku kena kecam dengan abang-abang dan akak-akak aku. Hahahaha.


"Kau dah kenapa Alish? — Abang aku


"Jadahnya?" — Akak aku


"Ada unsur Black Metal." — Abang ipar aku


Kesian adik aku. Padahal, aku yang buat. Tapi dia pulak yang kena.


Kesiannn. Kah kah kah!


Tapi lepas tu, aku bagitahulah diorang yang graffiti tu sementara je. Sebab lepas tu aku nak cat pintu bilik tu.


Barulah keadaan kembali tenang seperti sedia kala.


Tapi jenuh jugak rupanya nak cat permukaan kayu guna spray paint ni. Letih nak memicit.


Setakat ni, aku baru settle bahagian depan pintu bilik aku. Itu je pun dah guna 4 botol spray paint tu. Pergh!


19/08/2020 — Sedang berusaha keras menyelesaikan misi mengecat pintu bilik aku.


Tak tahulah berapa banyak botol aku kena beli lagi lepas ni. Sebabnya, aku nak cat bingkai tingkap bilik aku jugak.


InsyaAllah, bila dah siap nanti aku tunjuk dekat channel YouTube aku.


Apa-apa pun, aku nak makan dulu. Lapau poit!


19/08/2020 — Mak aku ajak keluar makan tadi. Kitorang makan dekat area Paroi. Aku order nasi goreng daging merah. Muka nampak bengang sebab makanan lambat sampai. Grrrrr!

Nawawi Mohshin merupakan seorang content creator yang tidak famous di internet. Blog ini pula merupakan platform utama untuk beliau terbitkan idea, pendapat, pemikiran, persoalan, perkongsian atau apa saja yang terlintas di kepala otak beliau.